Thursday 20 February 2014

TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN AZIZ KAPRAWI LAWAT TAPAK PROJEK TERMINAL LAPANGAN TERBANG SANDAKAN



Written by Admin
Thursday, February  20, 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
`

SANDAKAN:- Projek naik taraf Terminal Lapangan Terbang Sandakan yang kini sedang berjalan lacar akan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.



Projek tersebut yang menelan belanja sebanyak RM60 juta itu bila siap sepenuhnya nanti akan memberi keselesaan kepada pengguna termasuk para pelancong dalam dan luar yang datang ke Sandakan.


Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk A B Aziz Kaprawi berkata kepada Media dilapangan terbang semasa lawatan kerja bagi meninjau projek tersebut pagi tadi.



Katanya ini dasar kerajaan BN sentiasa meningkatkan pelbagai projek untuk kemudahan dan memberi keselesaan kepada rakyatnya.



“Saya berpuas hati terhadap kerja-kera pelaksanaan projek tersebut oleh pihak kontraktor yang dipertanggunjawabkan ini menampakan projek tersebut tidak lama lagi siap” ujarnya.



Dalam rangka lawatannya ke Sandakan Aziz telah diiringi oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol, Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Pakarudin Tan Sri Hj Ampong, Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong, Ketua Puteri UMNO Sandakan Siti Daibah Majid dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan


No comments:

Post a Comment