Saturday 1 February 2014

KEPIMPINAN JEFFRY NGO DAN KEPIMPINAN FAKARUDIN POLITIK BOLEH DIJADIKAN CONTOH ANAK-ANAK MUDA DISABAH



Written by  Admin

Saturday 01 January 2014


 I

SOROTAN DARI MEJA PENGARANG KANAN (FST)
SHAIMON S JUMADI






 SAYA ingin membicarakan mengenai dua orang pemimpin anak muda di negeri ini Tawau dan  Sandakan yang boleh dijadikan teladan baik oleh anak-anak muda di Sabah.

Datuk Mohd Jeffry Rosman Presiden Kelab NGO Penyokong Kerajaan BN dan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sandakan menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Bahagian.


Keberanian kedua-dua pemimpin NGO dan Politik menegur dan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang dianggap sebagai pelampau suka menimbulkan huru hara di dalam negara terutama sekali isu penggunaan Kalimah Allah walaupun Perdana Menteri sendiri sudah melonggarkan dan jangan ungkit atau bangkitkan isu tersebut tetapi masih ada yang degil untuk mewujdkan pora poranda dalam negara.

Isu Kalimah Allah di Sabah dan Sarawak orang sudah lali tidak mahu mempertikainya kerana sebutan ini sudah diguna pakai sebelum Sabah dan Sarawak menerajui kerajaan persekutuan.

Kenapa zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak Hussien, Tun Hussien Onn, Tun Mahathir Mohd dan Tun Abdullah Ahmad Badawi isu Kalimah Allah tidakpun ditumbulkan tidak ada orang yang memprotesnya PERKASA pada masa itu macam tikus basah.
Tetapi sekarang kenapa pula isu ini ditimbulkan sehingga berlakunya keganasan caci mencaci hina menghina agama lain sehingga menyinggung dan menghiris hati orang lain khususnya para penganut agama Kristian.

Sebelum pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) lalu PERKASA begitu agresif dan menjadi dalang untuk mempora porandakan sehingga Ibrahim Ali menyuruh membakar semua gereja yang di negara ini termasuk membakar bible.

Mujurlah ahli-ahli PERKASA walaupun didesak untuk melakukan pembakaran gereja di seluruh negara  namun mereka masih berfikiran waras dan langsung melayan kehendak-kehendak Ibrahim Ali.

Andai kata memang terjadi semua  gereja tempat mereka beribadat dimusnahkan oleh para pengikut PERKASA bukan kah negara jadi huru hara dan pergaduhan besar antara penganut kristian dan pengikut Islam.

Soal Agama yang dikotak katikan jangan dipersenda gurau ini amat sensitive kepada para penganut agama lain khususnya kristian, apa bilaagama kristian dicabuli sudah tentu tercetus kemarahan kepada para penganut kristian bukan saja di Malaysia , Singapura mungkin juga negara-negara kuasa  besar seperti Amerika  turut campur tangan apa akan jadi kepada negara kita kalau negara kuasa besar masuk campur mungkin tidak sampai rokok sebatang negara kita hancur lebur.

Ibrahim Ali harus kena fikir risiko dan impikasinya  sekiranya pada hari itu jadi membakar gereja di seluruh negara. Sebagai seorang pemimpin yang dihoirmati harus berfikiran terbuka bukan mengikut hati dan perasaan saja.

Ekoran tindakan PERKASA sering melakukan keganasan 90 peratus masyarakat cina dan India di semenanjung paling murkah dengan Ibrahim Ali apa lagi di Sabah suku-suku dari Kadazan-Dusun dan Murut juga turut membenci kepada PERKASA dan Ibrahim Ali.

Jadi harapan kita  agar badan NGO-NGO di Sabah dan Sarawak jangan terikut-ikut budaya songsang yang bakal dilakukan dan kerap dilakukan oleh badan NGO-NGO di semenanjung biarlah dengan mereka kita sebagai anak Sabah kena jaga nama baik orang Sabah yang cukup sopan santun dan berbudi bahasa berbanding di Semenanjung mereka terlalu anti cina anti India dan anti agama Kristian kita di Sabah boleh bersatu boleh duduk semeja makan minum dengan bangsa-bangsa lain dan agama lain.

Akhir sekali keberanian Jeffry dan Fakarudin wajar dicontohi kepimpinan mereka yang fokus kepada keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan jangan ikut macam tingkah laku Presiden PERKASA dan kuncu-kuncunya yang orang pandang seperti seekor kera dihutan tiada nilainya  perbuatan yang baik kita harus contohi perbuatan songsang seperti PERKASA kita kuburkan keliang lahat

No comments:

Post a Comment