Saturday, 1 February 2014

NGO DI SABAH DINASIHATKAN JANGAN TERIKUT-IKUT BUDAYA NGO SEMENANJUNG YANG SUKA TIMBULKAN KETEGANGAN DALAM NEGARA....TEGAS FAKARUDIN



Written by Admin
Saturday 01 February 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Di semenanjung hura-hura  dimana NGO dikera untuk memungut tandatangan bagi  memprotes  isu menggunakan Kalimah Allah ekoran tidak kepuasan hati walaupun pemimpin negara nombor satu sudah melonggarkan dan jangan timbulkan isu itu lagi kerana ini boleh mencetus ketegangan dengan para penganut Kristian di Malaysia.


Dalam pada itu Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Fakarudin Tan Sri Ampong baru saja mengeluarkan kenyataan berbentuk satu amaran jangan ungkit-ungkit perkara tersebut kerana di Sabah dan Sarawak sudah sebati menggunakan sebutan Allah sejak zaman berzaman lagi di kalangan penganut kristian.


“Saya tegaskan NGO di Sabah saya beri amaran dan peringatan jangan terikut-ikut budaya NGO semenanjung untuk mengadakan pungutan tandatangan untuk memprotes isu Kalimah Allah perangai  orang-orang  Sabah dengan orang semenanjung memang tidak sama.


Kita di Sabah dan Sarawak boleh makan dan minum semeja dengan bangsa-bangsa lain seperti Cina, Dusun Kadazan termasuk India yang berlainan budaya dan kepercayaan anutan agama  masing-masing  berbanding di Semenanjung Malaysia” ujarnya

“Saya bagi pihak UMNO di  Sabah meminta kepada Perdana Menteri  melarang atau menasihati badan-badan NGO yang berharat untuk memungut tandatangan untuk menentang atau memprotes penggunaan kalimah Allah ini akan mengeruhkan lagi keadaan ” tegasnya.


Kata Fakarudin lagi kenapa mereka beriya-iya sangat mahu mengerukan keadaan mereka macam kurang selesa bila melihat negara aman damai rakyatnya yang berbilang kaum hidup dalam  suasana harmoni.


“Sekali lagi saya perlu ingatkan kepada ketua-ketua badan NGO jangan terikut-ikut budaya songsang  badan-badan NGO di Semenanjung kita mahu rakyat Sabah yang mempunyai lebih fokus kepada perpaduan kaum jangan jadi badan NGO pelampau nanti masyarakat pa dang macam seekor kera tiada nilainya jadikan badan NGO yang berprogrisif mempunyai jati diri dan nilai-nilai murni.


Kita bagi contoh terbaik seperti badan-badan NGO kaum cina dan India begitu tenang jarang sekali kita dengar mereka buat hal berbanding NGO yang dipimpim oleh orang-orang Melayu 80 peratus condong kepada keganasan suka buat kacau suka timbulkan huru hara dalam negara yang boleh menyumbangkan perkara-perkara buruk berlaku” tegas Fakarudin lagi.

Jangan jadi seperti PERKASA memang terang-terang dibencikan oleh masyarakat cina dan India di negara ini sedangkan bangsa Melayu sendiri 80 peratus tidak suka perjuangan PERKASA termasuk  kelakuan Presidennya yang suka buat kacau kecam mengecam bangsa dan agama lain dan siapa mahu pandang dan hormati PERKASA.

Sementara seorang aktiviti masyarakat dari Taman Mesra yang dikenali Herman Kenala memuji dua orang anak muda di sabah seorang dari Tawau iaitu Datuk Mohd Jeffry Rosman Presiden Kelab NGO Penyokong Kerajaan BN dan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong kerana berani menegur perbuatan biadap dan kurang ajar seperti PERKASA yang suka dean paling gemar  membuat kacau bilau dalam negara suka memaki 
"Apa yang ditegaskan oleh Fakarudin NGO jangan terikut-ikut budaya songsang NGO di Semenanjaung yang tiada noktanya membuat kacau bilau, saya salut NGO Sabah para pemimpinnya masih lagi menghormati undang-undang dan mempunyai tatatusila dan perangai yang begitu  baik" kata Herman.







JANGAN CONTOHI.....Budaya NGO  disemanjung yang tidak bersopan suka timbulkan pelbagai ketegangan dan huru hara kita minta  NGO Sabah mempunyai jati diri dan nilai-nilai murni ini budaya orang Malaya jangan ditiru kita kena jaga nama baik orang Sabah


No comments:

Post a Comment