Saturday 8 February 2014

AHLI KOPERAT DAN JUGA KETUA WANITA UMNO SANDAKAN NORAINI SULONG DERMA RM12,000.00 UNTUK TABUNG PBTM





Written by Admin
Saturday February 8, 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI

FOTO:  SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Keprihatinan seorang Ahli Koperat  yang juga Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong  yang menderma kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sandakan melalui wang pribadinya sebanyak RM12,000.00 menerusi cek CIMB pagi tadi merupakan satu ibadah dan amal jariah kerana memberikan ikhlas kepada mana-mana badan NGO yang memerlukan dana.

Bercakap kepada  Wartawan Free Sandakan Today.com yang juga selaku Pegawai Akhbar pribadinya (SSJ) sejrus selepas menyerahkan cek tersebut kepada Pegawai Kerja PBTM cawangan Sandakan   Mohd Naib Abdullah di Ballroom Sabah Hotel menjelaskan tujuan memberikan sumbangan tersebut adalah khusus untuk membantu bagi mengisi tanbung untuk dana PBTM untuk kegunaan aktiviti-aktiviti persatuan  tersebut.


Katanya mana-mana ahli korperat  di daerah Sandakan adalah diminta supaya menghulur sedikit bantuan kepada PBTM Cawangan Sandakan untuk membolehkan persatuan itu bergerak pantas untuk menganjurkan pelbagai program.

Sehubungan itu Naim bagi pihak PBTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Noraini Sulong kerana begitu prihatin terhadap PBTM  atas kesudiannya memberi sumbangan kepada PBTM yang amat  tinggi nilainya.














 


DERMA.....Noraini menyerahkan cek RM12,000.00
derma untuk tabung PBTM kepada Naim sambil disaksikan oleh Mejer Jeneral Dato Hj Mohd Noor  Daud

No comments:

Post a Comment