Written
by Admin
Saturday
February 8, 2014
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
FOTO:
SAFFIE S JUMADI
TAHNIAH.....Noraini menerima sijil pelantikan sebagai Penaung PBTM daripada Mejer Jeneral Dato Wira Hj Mohd Noor Hj Daud
SANDAKAN:- Pelantikan Noraini Sulong sebagai
Penaung kepada Persatuan Bekas Tentang Malaysia (PBTM) Sabah merupakan satu penghargaan terhadap dirinya atas perjuangannya dalam penglibatannya
sebagai aktivis Wanita bukan saja di Sandakan bahkan di negeri Sabah.
Buat pertama kalinya Noraini melibatkan diri
dalam kanca mahupun gelanggang politik ialah sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian
Sandakan dalam dua penggal yang bermula pada tahun 2002 hingga 2008 mulai dari situlah nama Noraini terus menyerla
dipersada politik tanah air.
Disebabkan fakta usia lanjut maka Noraini tidak dapat meneruskan
dalam kepimpinannya dalam Puteri UMNO lantas
telah mengundur diri dari meneruskan kareanya dalam kepimpinan UMNO dan menjadi
ahli biasa saja.
Selang dua tahun kemudian Noraini Sulong
kembali aktif dalam menceburi
badan-badan NGO antaranya seperti PEMADAM dan bidang perniagaan.
Dalam penglibatan badan NGO Noraini telah
menerajui kepimpinan Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM daerah Sandakan berperanan
sebagai Pengerusi, manakalah di bahagian keusahawanan Noraini dilantik sebagai
Pengerusi Koperasi Keusahawanan Wanita daerah Sandakan.
Orang ramai yang tidak mengikuti jejak dan
perkembangan Noraini mereka hanya menganggap Noraini sudah menyepikan diri
tidak lagi bergiat seperti dahulu, tetapi anggapan sedemikian meleset jauh kata orang dalam-dalam ubi tetapi berisi.
Dalam penglibatan Noraini di badan NGO dan
Keporasi Noraini banyak memainkan peranannya antaranya menganjur kursus-kursus
keusahawanan untuk membimbing kaum wanita dalam selok belok dalam dunia perniagaan.
Tidak kurang hebatnya dalam NGO di PEMADAM
setiap tiga bulan Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM banyak menganjurkan
program-program kemasyarakatan seperti menganjur ceramah-ceramah yang berkaiatan tentang penyalahgunaan dadah.
Sejarah paling menggembirakan bukan sekadar
untuk diri Noraini bahkan turut menggembirakan hati para penyokong dan kroni-kroninya kerana pada tanggal 19 Oktober 2013 dimana Noraini bertanding
jawatan Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan bagi tempo 2013/2016 menang setelah menewaskan penentangnya Asnah Hj Tahlil.
Selang berapa hari sahaja jadi Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan nama Noraini Sulong dengan
pantas melonjak kemahligai persada gelanggang dunia politik yang amat
mengkagumkan kepada ahli-ahli UMNO Sandakan kerana sejak dari itu Wanita
Bahagian UMNMO Sandakan tak henti-henti mengadakan pelbagai program sehingga
Noraini juga menjadi rebutan dan pilihan kepada beberapa badan NGO untuk
merasmikan program-program yang berkaitan kemasyarakatan, politik dan juga
program keagamaan.
Ditambah pulah Noraini telah melantik seorang Wartawan veteran paling Top yang
sekarang telah memegang jawatan sebagai Pengarang Kanan di sebuat portal online
Free Sandakan Today.com tak paya sebut namanya orang Sabah dan Sandakan telah mengenali dirinya siapa yang dimaksudkan itu
telah dilantik secara rasmi sebagai Pegawai Akhbar pribadi kepada Noraini
Sulong.
Dengan terlantiknya seorang wartawan sensasi
itu, dalam sebulan berita yang tersiar
di Free Sandakan Today mahu juga hingga
20 kali berita yang ada kaitan dengan pergerakan Noraini
ini jelas telah mengalahkan kepada Menteri Kabinet bayangkan seminggu
mahu juga tiga hingga empat berita yang tersiar.
Ramai yang mengatakan untungnya kalau seorang
pemimpin seperti Noraini Sulong mempunyai seorang Pegawai Akhbar pribadinya
yang boleh membantu mempromosikan diri Noraini begitu pastas melonjak ke langit
dalam penglibatannya sebagai seorang
pemimpin Wanita yang boleh dibanggakan dan Noraini harus diberi penghormatan.
Jadi diringkaskan certita pada hari ini bersamaan 8 Februari
2014 merupakan sejarah paling manis dan hari keramat kerana Noraini sekali
lagi telah dinobatkan sebagai Penaung kepada Persatuan Bekas Tentera
Malaysia (PBTM) bukan mudah untuk
mendapatkan gelaran sebagai Penaung disebuah organisasi tajaan kerajaan.
Syabas Noraini Allah maha penyayang atas
pengorbananmu, bukan saja di gelanggang
politik bahkan diperatuan-persatuan
kebajikan dan keagamaan.
Noraini diumumkan sebagai Penaung PBTM
berkuatkuasa pada 8 Februari 2014 bersempana majlis Penyampaian Pingat Jasa
Malaysia (PJM) dan Penyerahan Kunci Rumah NBOS 7 kepada mantan-mantan tentang yang telah
berpencen.
Sejurus selepas majlis penyampai tersebut
Noraini telah menderma wang peribadinya sebanyak RM12,000.00 untuk tabung PBTM
Cawangan Sandakan cek CIMB diterima oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) Mejar Dato’ Wira Hj Mohd
Noor Hj Daud.
Selanjutnya Noraini mengucapkan terima kasih
kepada pihak PBTM kerana menaruh keyakinan dan kepercayaan keatas dirinya
melantik sebagai Penaung PBTM seruluh Sabahy.
“Saya akan bertanggtungjawab sepenuhnya
terhadap perjalanan PBTM ini satu amanah yang saya harus pikul untuk memajukan
aktivit-aktiviti badan NGO ini” ujar Noraini.
No comments:
Post a Comment