Tuesday 18 February 2014

KEBIADAPAN KONTRAKTOR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DERETAN KEDAI BATU SAPI DILANDA BANJIR KILAT



Written by Admin
Tuesday 18 February 2014-02-18

OLEH: SHAIMON S JUMADI





BATU SAPI:-Kerja-kerja pembaik pulih jalan raya Batu Sapi belum lagi selesai yang selama ini menjadi masalah besar kepada para pengguna setempat kini pula disusuli  dimana mereka dilanda lagi masalah baru oleh  sistem perparitan yang tidak terurus ini juga mengundang masalah lagi kepada penduduk-penduduk Batu  Sapi.

Sikap kurang ajar sekaligus  sikap biadap terhadap kontractor  yang bertanggungjawab menyenggelarakan pembinaan semula jalan Batu Sapi tidak mengambil kira tentang hal-hal lain antaranya  kenapa saluran parit ditepi-tepi jalan itu tidak kemaskinikan terlebih dahulu merekapun sedia maklum bahawa pada dewasa ini adalah musim tengkuju (musim hujan).
 
Berlakunya  banjir kilat di Kampung Sundang yang menenggelami deretan kedai-kedai di situ benar-benar menyusahkan rakyat ini semuanya angkara kebiadapan pihak kontraktor yang sengaja berbuat begitu untuk menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk setempat.

“Kesabaran kami sebagai penduduk ada hadnya jangan sampai kami hilang pertimbangan bersatu bekerjasama sama dengan semua penduduk kampung Sundang untuk membinasakan sama ada pekerejanya atau tuan punya  syarikat tersebut dengan apa cara sekalipun, tetapi kami masih lagi hormat pada undang-undang negara kami tidak akan melakukan perkara-perkara buruk itu.” kata seorang penduduk yang enggan namanya disebut.

Kata mereka lagi kalau dimusim panas boleh dikatakan hampir 90 peratus penduduk Taman Poh Hing hari-hari makan debu jalanan yang memasuki keruang tamu, ruang dapur dan ruang kakilima.

Kalau penduduk Taman Mesra 90 peratus bakal menjadi arwah meninggal dunia tidak lama lagi  kena serangan demam denggi berdarah ekoran kegagalan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membersihkan longkang-longkang dan parit-parit yang ditankongi air dan tempat menternak nyamuk Aedes.

Maka sama juga ceritanya 70 peratus penduduk Taman Poh Hing bakal jadi arwah kerana kena serangan asma (Ampus) sakit mata (buta)  disebabkan makan debu hari-hari ekoran  perbuatan pihak kontraktor yang jahil itu.


No comments:

Post a Comment