Saturday, 14 June 2014

ENAM ORANG WARGA PAKISTAN DAPAT MYKAD DARI SABAH JADI PEMANDU TEKSI DI KL KENA CEKUP



Written by Admin
Saturday June 14.2014


OLEH: ABDUL RAZAK AHMAD


 













KUALA LUMPUR:-  Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry Rosman (gambar) mendedahkan  lagi mengenai warga Pakistan seramai enam orang yang mendapat kerakyatan sebagai warganegara Malaysia  dan memiliki mykad beralamatkan  di Sabah terbongkar bilamana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menahan salah seorang Pakistan yang menjadi pemandu teksi.


Kejayaan pihak JPJ menangkap seorang warga Pakistan yang mejadi pemandu di sekitar jalan Lemba Kelang kerana meragui atas tingkah lakunya yang mencurigakan bila diminta  lesen pemandu dan mykadnya rupa-rupanya Pakistan itu berasal dari Sabah setelah memiliki mykad mereka berhijrah ke Semenanjung.
 SABAH bakal menternak Bangla setahun akan datang

Setelah pihak JPJ membawa pemandu teksi tersebut  ke Balai Polis Dang Wangi warga pakistan itu memberitahu kepada pegawai JPJ bahawa ada lagi rakannya seramai lima orang mempunyai lesen memandu teksi dan mykad.


PAKISTAN WARGA PENYU.....Jadi pemandu teksi akhirnya kena cekup kini meringkuk dalam lokap

Bagaimanpun keenam warga Pakistan yang rata-rata mempunyai mykad yang beralamatkan  di Sabah semuanya berjaya diberkas kini mereka masih lagi berada dalam lokap” jelas Jaffry kepada wartawan Free Sandakan Today.com

Kata Jeffry di Sabah juga ramai warga Pakistan memiliki mykad tempat kelahiran mereka  antaranya di Tambunan, Papar, Keningau, Kinabatangan, Tanparuli, Ranau, Kundasang, Tambisan, Tawau dan Sandakan


 
Jeffry yang kini berada di Kuala Lumpur atas tugas-tugas rasmi beliau akan kembali ke Sabah pada hari Selasa dan berhajat untuk berjumpa dengan Pengarah JPJ negeri Sabah supaya menahan bilamana terlihat  warga Pakistan membawa kenderaan disini boleh pihak berkuasa dapat mengesan  bahawa ramai Pakistan memiliki mykad

No comments:

Post a Comment