Wednesday, 25 June 2014

KELAB NGO KPBNSDK JELAJAH PULAU LUBUKAN DAPAT SAMBUTAN.....RAUYAH



Written by Admin

OLEH:  MOHD SUFFIAN AHMAD

SUKAU:- Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSDK) Daerah Sandakan  yang diketuai Pengerusinya Hajah Rauyah  Barulasit dan rombongan telah menjelajah  ke Kampung Pulau Lubukan dalam DUN Sukau pagi tadi.


ROMBONGAN.....Rombongan ahli-ahli Kelab NGO yang diketuai Hajah Rauyah sedang menunggu boat di jeti Pulau Lubukan

Tujuan  ahli-ahli kelab NGO itu melawat ke pulau tersebut atas jemputan para penduduk Kampung berkenaan kerana mereka amat berminat untuk menyertai kelab itu sebagai ahli.

Menurut Hajah Rauyah setiap individu yang mahu menganggotai kelab tersebut mereka terlebih dahulu diberikan penerangan dengan lebih terperinci supaya mereka betul-betul memahami fungsi-fungsi dan hala tuju perjuangan agar tidak disalah ertikan.

KUSYUK......ORANG-ORANG KAMPUNG MENDENGAR PENJELASAN DARIPADA HAJAH RAUYAH DI BALAI RAYA PULAU LUBUK



“Setiap orang yang ingin menjadi ahli kelab NGO ini mereka terlebih dahulu didedahkan mengenai latar belakang kelab ini agar mereka faham dengan dasar dan matlamat tujuan asal kelab NGO ini tubuhkan” ujarnya.

Katanya sejak Presiden Kelab ini Datuk Jeffry Rosman mendedahkan mengenai dasar dan konsep hala tuju perjuangan Kelab ini melalui perbincangan terbuka  dan pendedahan di media-media cetak  ahli-ahli komponen BN termasuklah ahli-ahli UMNO yang  lainnya sedikit sebanyak memahami akan konsep yang sebenarnya.


No comments:

Post a Comment