Tuesday 17 June 2014

KDN mahu bukti penguatkuasa sempadan terlibat jenayah Tegas Dr Wan Junaidi

By Admin

 | June 17, 2014
Kerajaan merancang untuk membina CIQ di pos kawalan sempadan di Ba’Kelalan menjelang 2015 bagi mengekang aktiviti penyeludupan di kawasan utara Sarawak.
wan junaidi tuanku jaafar 




KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan pegawai dan anggota pasukan keselamatan di kawasan sempadan yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.
Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui bimbang dengan masalah penyalahgunaan dadah di Sarawak, walaupun jumlah kes yang dicatatkan masih rendah berbanding negeri lain.


Beliau berkata, kemasukan bekalan dadah terutama di bahagian utara Sarawak dipercayai  menggunakan pintu sempadan dan’ jalan tikus’ di kawasan sempadan antara Sarawak dan Indonesia.
“KDN mengambil serius kenyataan Ketua PKR Sarawak (Baru Bian) yang mendakwa pegawai dan anggota penguatkuasa yang bertugas di kawasan sempadan terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.
“Bagaimanapun, Baru perlu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya ini agar tindakan serius dapat dilakukan. KDN tidak ragu-ragu untuk mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang terlibat,” katanya.
Junaidi yang juga ahli parlimen Santubong berkata, siasatan mendapati aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini, dilakukan melalui kawasan sempadan di Semenanjung Malaysia, Filipina dan Kalimantan Barat.
“Aktiviti penyeludupan dadah melalui kawasan sempadan di Sabah semakin berkurangan kebelakangan ini, selepas pasukan penguatkuasa mengetatkan kawalan berikutan tragedi di Lahad Datu.
“Justeru, kemasukan dadah ke kawasan utara Sarawak kemungkinan berlaku melalui sempadan Kalimantan Barat, ” tegasnya.
Sehubungan itu, kerajaan merancang untuk membina CIQ di pos kawalan sempadan di Ba’Kelalan menjelang 2015 bagi mengekang aktiviti penyeludupan di kawasan Utara Sarawak.
Adun Ba’ Kelalan mendakwa, pihak berkuasa Long Bawan, Indonesia memaklumkan beliau bahawa dadah jenis syabu yang dibawa masuk ke negara republik itu adalah dari Lawas, Sarawak.

No comments:

Post a Comment