Thursday, 5 June 2014

PIHAK JKR SEHARUSNYA MEMANTAU DAN MENGAWASI KERJA-KERJA PROJEK PELEBARAN JALAN BATU 8 KE BATU 16....KATA WONG



Written by Admin
Thursday  June 05.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

 
SANDAKAN:- Ekoran kelewatan menyiapkan projek pelebaran Jalan Batu 8 hingga ke Batu 16 Jalan Labuk Ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt menggesa wakil rakyat BN, termasuk Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri , agar mengambil berat tentang perkembangan projek pelebaran Jalan Labuk dari Batu 8 ke Batu 16, dan meminta pihak JKR memantau kerja-kerja kontraktor,  pastikan projek tersebut dapat disiapkan pada April 2015.  


Stephen Wong berkata demikian sejurus  selepas memantau tapak projek tersebut bersama dengan pembantunya, kelmarin, setelah menerima aduan daripada para  pengguna jalan raya.


  
 KELEWATAN SIAP PROJEK......Setiap hari pengguna Jalan Raya berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas



Beliau juga khuatir sama ada projek itu dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan itu



Menurut beliau, mengikut perkembangan kerja-kerja pembinaan yang terkini, projek tersebut belum pasti dapat siap pada bulan April tahun depan



“Saya secara peribadi  berpendapat  pihak JKR seharusnya memantau dan  mengawasi setiap masa terhadap  kontraktor yang bertanggungjawab  untuk mempercepatkan kerja-kerja, sedangkan keadaan cuaca kini masih mengizinkan.



Beliau berkata, projek pelebaran jalan raya yang sepanjang 8 batu itu, dijadualkan siap pada April 2012, tetapi disebabkan utiliti-utiliti di kawasan tersebut seperti paip-paip air dan tiang kabel belum dipindahkan, tempoh siap ditangguh ke Oktober 2013, selepas itu ditangguhkan sekali lagi ke April 2015.

      

Wong menjelaskan  projek jalan raya sepanjang 8 batu ini menelan kos sebanyak RM105 juta, dimana setiap batu jalan membelanjakan RM13 juta. Selain itu, RM11 juta diperuntukkan khas untuk kerja-kerja pemindahan utiliti di kawasan berkenaan.



Beliau khuatir  apa yang menyebabkan kelewatan projek itu, dan adakah kerajaan BN memantau perkembangan projek tersebut  atau sebaliknya.


Wong menambah ekoran kelewatan  penyiapan projek yang dimaksudkan itu pengguna jalanraya  merungut  setiap hari kerana sentiasa  berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas.


No comments:

Post a Comment