Thursday 12 June 2014

SUSUN PROGRAM UNTUK BULAN RAMADAN DAN SYAWAL KELAB NGO KATA RAUYAH



Written by Admin
Thursday June 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI

 










 JELAJAH.... Hajah Rauyah ...Kita jelajah nak cari ahli sasaran seramai 5,000 orang seluruh Sandakan

SANDAKAN:- Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Daerah Sandakan yang baru dilancarkan kelmarin telah menyusun beberapa program sebagai persedian untuk bulan Ramadan dan Syawal.

Sepanjang bulan Ramadan Kelab NGO ini akan menjelajah keseluruh masjid yang ada di daerah Sandakan untuk menghulur pelbagai sumbangan dan bantuan yang sepatunya.


 HADIR....... Kelihatan Datuk Jeffry bersama AJK Kelab NGO Sandakan


Pengerusi Kelab tersebut Hajah Rauyah Baharulasik berkata demikian kepada Wartawan Free Sandakan Today.com sejurus selepas mengadakan Mesyuarat dengan AJK Kelab NGO Daerah Sandakan petang tadi.

Turut hadir pada Mesyuarat tersebut ialah Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry, Wartawan Kanan New Sabah Times Rozzalain Mohd Hashim dan Penolong Pengarang Free Sandakan Today.com SSJ.

“Langkah  pertama Kelab NGO daerah Sandakan ini ditubuhkan ialah menjelajah mencari keahlian yang disasarkan seramai 5,000 orang yang melibat ahli-ahli parti komponan Barisan Nasional (BN) khususnya daripada ahli-ahli UMNO, PBRS, PBS, UPKO, Gerakan, MCA dan MIC” jelasnya.

“Seperti yang saya pernah jelaskan Kelab NGO ini bukan badan politik fokus kami ialah mengenai kebajikan bagi menikakan sosio ekonomi kepada seluruh ahli-ahli kelab ini” katanya.

Rauyah menambah jika diizinkan Jawatankuasa Induk Kelab NGO ini akan mengadakan  kunjungan kehormat kepada Wakil-Wakil Rakyat dan ahli-ahli parlimen yang ada di daerah Sandakan antaramya  Parlimen Libaran, ADUN Gum-Gum, ADUN Sungei Sibuga, ADUN Sekong, Parlimen Batu Sapi ADUN Karamunting, ADUN Tanjung Papat dan ADUN Elopura dengan tujuan untuk menerangkan dengan terpernci mengenai pembentukan Kelab ini kepada wakil-wakil rakyat komponen BN agar tidak disalah ertikan dengan pelbagai persipsi negative.






No comments:

Post a Comment