Tuesday 17 June 2014

JABATAN KESIHATAN ARAHKAN PASAR MALAM BANDAR DITUTUP DALAM 3 HARI JIKA MPS GAGAL BEKALKAN AIR PAIP



Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:-  Gara-gara pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) enggan bekerjasama dengan pihak  Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan mengenai masalah Pasar Malam Sandakan dalam memberikan beberapa kemudahan khususnya bekalan air kepada para penjaja terbabit lantaran penjaja itu sendiri telah menjadi mangsa keadaan.

Para penjaja rata-rata setuju  untuk mengeluarkan kos bagi pembiayaan pembelian sinki dan penapis minyak sebanyak RM 1,500.00  tetapi semuanya hanya sis-sia sahaja tidak mendapat tindak balas daripada  pihak MPS mater air sudahpun dipasang  air tidak berfungsi.

Di sinilah jelas sekali kerajaan BN khususnya pihak Majlis Perbandaran Sandakan  akan menyingkir dan membunuh ekonomi bumiputera untuk berkecimpung dalam perniagaan terlalu banyak dolak dalik paip sudah dipasang dua bulan yang lalu tetapi air tidak dibekalkan kepada penjaja berkenaan.

Penasihat Jawatankuasa Bertindak Pasar Malam Sandakan Mohd Tahir Mamong kepada demikian kepada media sejurus selepas menemui Pegawai Kesihatan pagi tadi.

“Saya telah menerima salinan surat daripada Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan bertarikh 5 Jun 2014 Rujuk: PKSKN/700/01/14(01) bertajuk: Pemeriksaan Tahap Sanitasi Pasar  Malam Bandat  Sandakan surat ini dikirim kepada Presiden MPS.” Ujarnya.
Berikut kandungan surat yang dimaksudkan itu


Kata Tahir lagi ekoran kedegilan piha MPS tidak mahu bekerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan ini jelas MPS tidak menghormati apa juga cadangan-cadangan pihak Pejabat Kesihatan untuk menyelesaikan kemelut panjaja pasar malam semuanya ditolak.

 
“Sepatutnya pihak MPS  harus akur dengan kehendak-kehendak pihak Pejabat Kesihatan mengenai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan itu dan menunaikan segala perkara yang telah diputuskan melalui perbincangan antara pihak penjaja, pejabat Kesihatan dan MPS sekarang gara-gara pihak MPS yang tidak ambil peduli yang menjadi mangsanya ialah para penjaja itu sendiri kerana pihak pejabat kesihatan sudah  mengeluarkan notis mengarahkan Pasar Malam harus ditutup sekiranya MPS gagal  membekalkan air ke pasar malam tersebut dalam tempoh tiga hari  mereka tidak kisah para penjaja itu mampus kah ini adalah  dasar kerajaan BN yang tidak mahu bertolak ansur atau berkempromi dengan rakyat undang-undang tetap undang- undang harus dipatuhi jangan harap ADUN-ADUN BN  ada  yang simpati mahu membela nasib para penjaja pasar berkenaan malahan di suruh roboh lagi buat apa bantu bumiputera tiada hasilnya ” tegas Tahir.








No comments:

Post a Comment