Friday 6 June 2014

KELAB EAGLE FC (PASUKAN BOLA SEPAK EAGLE) AKAN DILANCAR TIGA MINGGU DARI SEKARANG



Written by Admin
Friday June 06.2014


OLEH: SAIMON S JUMADI



KARAMUNTING:- Penubuhan Kelab Eagle FC Karamunting penaja kepada Pasukan Bole Sepak Eagle  yang baru ditubuhkan pada awal bulan Mei lalu dijangka akan dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karamunting Charles O Pang pada masa terdekat ini.

Presiden Kelab tersebut dalam satu wawancara dengan Free Sandakan Today.com pagi tadi Garcia Jamal Samat (gambar) antara lain menjelaskan   tujuan menubuhkan kelab tersebut adalah untuk menarik minat kepada para belia yang berminat dalam acara kesukanan khususnya boleh sepak tanah air.

 BARISAN PASUKAN BOLA SEPAK EAGLE


Katanya setakat ini Kelab inI sudah mempunyai keahlian seramai 50 orang yang terdiri daripada belia berumur antara 18 hingga 24 tahun dan mereka akan dilatih sebagai satu pasukan bola sepak Eagle oleh jurulati yang bertauliah.

 BERGAYA....Pasukan Bola Sepak Eagle tajaan Kelab Eagle FC



“Saya mengalu-alukan para belia yang cenderong dan berminat untuk menjadi ahli Kelab ini bolehlah menghubungi saya melalui H/P: 017-3732495 dari masa kesemasa” ujarnya.



No comments:

Post a Comment