Monday, 2 June 2014

KEMENANGAN CALON BN TELUK INTAN 90 PERATUS UNDI MELAYU..... KATA MENTERI BESAR PERAK

 0 0 0 1

By Admin

Monday June 02.2014

OLEH CHARLES CHONG TIEN LOI
Mereka menyifatkan personaliti calon BN Datuk Mah Siew Keong yang tidak mudah mengaku kalah, bijak dan berpengalaman merupakan antara faktor pengundi Teluk Intan beralih arah untuk memberi undi kemenangan kepada BN.
Teluk Intan 





KUALA LUMPUR: Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan merupakan kemenangan bermakna dan satu anjakan besar kepada parti itu.
Pemimpin BN menyifatkan personaliti calon BN Datuk Mah Siew Keong yang tidak mudah mengaku kalah, bijak dan berpengalaman merupakan antara faktor pengundi Teluk Intan beralih arah untuk memberi undi kemenangan kepada BN.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata banyak pengajaran yang diperoleh menerusi pilihan raya kecil itu dalam membentuk gerak kerja sistematik antara BN dan sahabat BN tanpa menimbulkan perselisihan faham bagi menumpukan sepenuhnya kepada pilihan raya berkenaan.

Zambry, yang juga Pengerusi BN negeri Perak, berkata kemenangan Mah adalah satu anjakan besar kepada BN walaupun meraih majoriti 238 undi dalam pentas pertarungan sengit itu.
Mah, 53, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh sebanyak 20,157 undi mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi pada pilihan raya kecil hari ini.
67.4% keluar mengundi
Keputusan itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Teluk Intan pada kira-kira 9.41 malam ini.
Peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah 67.4 peratus.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, di Twitternya menyifatkan warga Teluk Intan membuat pilihan yang tepat.
Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, menganggap kemenangan itu amat bermakna bagi memperjuangkan kepentingan rakyat.
“Alhamdulillah atas kepercayaan yang dimartabatkan semula oleh pengundi-pengundi Teluk Intan kepada BN. Kerja-Kerja yang tersusun dan terselaras telah menghasilkan kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tunai janji
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata beliau percaya BN akan menunaikan segala janji yang dibuat sebelum ini dan yakin Mah mampu berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat yang baik.
Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menganggap kemenangan itu hasil usaha gigih dan komitmen jentera sayap parti berkenaan.
“PRK Teluk Intan adalah yang paling mencabar tapi kami sabar jalankan tugas dengan penuh hemah dan ikut undang-undang. Alhamdulillah, akhirnya dapat kemenangan,” katanya.
Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin pula berkata kemenangan itu merupakan satu kejayaan yang amat bermakna walaupun dengan majoriti yang rendah kerana BN berjaya melakukan ‘overturn’ majoriti lebih 7,000 undi yang diperoleh calon DAP pada pilihan raya umum ke-13 yang lepas.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sedang dalam lawatan kerja ke Beijing, China turut memuat naik status di Facebook dan Twitter miliknya dengan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Mah.
Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel pula berkata kemenangan itu merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat mahukan BN untuk terus membela nasib mereka.
Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas berkata kemenangan itu merupakan satu amanah besar kepada kerajaan BN, dan rakyat sudah rasional serta tidak lagi mempercayai segala provokasi pembangkang.
Namun  dalam perkembangan yang berkaitan sumber-sumber menyatakan PRK di Teluk Intan  tidak begitu penting bagi masyarakat Cina mahupun masyarakat India dan Melayu akan tetapi impaknya pada PRU 14 nanti barulah tahu langit itu tinggi bumi di rendah sebab masyarakat sudah bosan dengan gelagat para pemimpin BN contohnya Gerakan sebagai parti berbilang kaum tetapi seorang pun tiada calon dari kaum Melayu apa lagi yang menjadi ADUN atau ADR.
Jelas parti DAP sebagai rakan dalam barisan Pakatan Rakyat walaupun dipimpin oleh kaum Cina mereka masih memberi  ruang dan peluang kepada orang Melayu sebagai calon khususnya Dyana Sofea walaupun tewas tetapi  mendapat  jumlah undi yang tinggi ini baru PRK kalau PRU 14 pastinya menang DAP

-Bernama

No comments:

Post a Comment