Sunday 15 June 2014

TARIAN SENI BUDAYA BAJAU TARIKAN PELANCONG ASING........AU KAM WAH



Written by Admin
Sunday  June 15. 2014

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO:  SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:-  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam  Wah menyifatkan Pertandingan Daling-Daling sempena pengisian sambutan Festival Sandakan 2014 yang dianjurkan Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama Sandakan (PKKBS) ia menjurus mempromosikan dan mengetengahkan  tarian seni budaya khususnya tarian kebudayaan Bajau di mata pelancong asing.

Kata Au tarian kebudayaan Bajau Sama ia juga merupakan tarian etnik daripada jumlah  32 suku kaum yang ada di negeri Sabah ia harus dipertingkatkan demi memperkasakan dan mempertabatkan tarian seni budaya kaum-kaum yang ada di negara ini khususnya  di Sabah ke peringkat global.
 
“Saya yakin dengan adanya tarian seumpama ini ia satu peranan menyumbang kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan merealisanakan kebudayaan  satu-satu etnik di persada tanah air, syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjur,progam sedemikian rupa yang menjurus bagi tarikan pelacong ini juga boleh menjana ekonomi negara” jelas Au.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan  Program Persembahan Budaya Etnik dan Pertandingan Daling-Daling  sempena sambutan Sandakan Festival 2014 anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama Sandakan yang dilansungkan  di Dewan Masyarakat Sandakan pagi tadi.
 

Tambah Au lagi pertandingan sebegini rupa ia harus di teruskan pada saban tahun jadikan ia sebagai sebahagian acara aktiviti tahunan untuk pengisian sambutan Sandakan Festival dan wajar dimasukan calendar tahunan.
  
Sementara dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Persatuan  Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama Sandakan Datuk Hj Alipudin KK Hj Puyon anatara lain mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kerana memberikan kemudahan bagi menggunakan Dewan Masyarakat Sandakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari tanggal 13 hingga 15 Jun 2014.
 

Beliau selanjutnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para penderma sama ada secara  langsung mahupun tidak secara langsung terutamanya ADUN Elopura Datuk Au Kam Wah, Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampon KK Hj Puyon, Datuk Hj Wang Kadin HJ Arsad Tang dan lain-lain yang tidak sempat disebutkan nama mereka.
  
“Dengan adanya sumbangan bakti mereka akhirnya program ini dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dari luar”, ujarnya.



Turut hadir pada majis tersebut  Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong.







No comments:

Post a Comment