Saturday 7 June 2014

SISTEM BARU SUBSIDI MINYAK BEBANKAN RAKYAT ........ KATA WONG



Written by Admin
Saturday June 07.2014

OLEH: AZMI AZMAN



SANDAKAN:- Ekoran tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal melaksanakan system baru subsidi minyak yang akan  membebankan rakyat jelata di negara ini

Ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt mempertikaikan mengenai sistem baru subsidi minyak yang dijangka akan dilaksanakan oleh kerajaan BN pada bulan September tahun ini dan  dimana laporan menunjukkan pengguna yang berpendapatan kurang daripada RM5000 sebulan dan membawa kereta berkapasiti 2000cc ke bawah layak menikmati subsidi minyak RON95,manakala pengguna yang berpendapatan RM5000 hinggga RM10000 sebulan, hanya boleh menikmati subsidi minyak RON95 sebanyak 300 liter sahaja dalam sebulan. 

Wong berpendapat bahawa kerajaan seharusnya mengambil tindakan yang lebih berkesan untuk membanteras minyak subsidi disalahguna dan diseludup, bukanlah memperuntukkan kos yang tinggi untuk membuat kajian terhadap sistem subsidi baru seperti ini.
Beliau memberi amaran bahawa, jika kerajaan BN tetap melaksanakan sistem subsidi yang tidak adil ini,  pastinya ia akan mendatangkan kesan yang buruk  termasuk akan menyebabkan harga barang naik sekali lagi dan ini semua akan menyusahkan kehidupan rakyat terutaa sekali golongan yang berpendatan rendah.

Katanya, tujuan kerajaan melaksanakan sistem subsidi minyak baru ini, adalah untuk mengurangkan penggunaan minyak subsidi RON95, supaya kerajaan dapat menjimatkan subsidi sebanyak RM9.8 billion setahun. Kerajaan boleh berjimat-cermat dari pelbagai aspek, bukannya berjimat terhadap rakyat.
Wong berkata lagi sejak PRU 2013, harga barang dinaikkan berkali-kali dan membebankan rakyat dan  begitu juga harga petrol RON95 telah dinaikkan 20sen setiap liter, dan subsidi gula 38sen juga dibatalkan.

Kata beliau, gaji bulanan RM5000 merupakan pendapatan yang sederhana, dimana pada masa kini tidak mampu untuk membeli sebuah rumah teres. Jika golongan ini membawa kereta 2000cc dan ke atas, tidak layak untuk menikmati subsidi minyak RON95, ini akan mengakibatkan huru-hara dalam pasaran, dan ini akan memberi peluang kepada kegiatan rasuah di antara pihak berkuasa dan sindiket haram, seterusnya menyebabkan negara kita mengalami kerugian yang lagi besar. 

Yang paling melucukan, tambah Wong, Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata bahawa tidak menyedari adanya pegawai kerajaan yang terlibat dalam kegiatan seludup minyak subsidi, kerana tiada pihak yang melaporkan hal sebegini kepada beliau. 
Sepatutnya, bagi mengatasi masalah seludup minyak subsidi ini, pihak kementerian bertanggungjawab untuk memantau dan menjalankan kawalan

 Beliau juga  khuatir adakah mereka mengawasi pemegang lesen "Community Drumming"? Adakah minyak subsidi tersebut benar-benar dibekalkan ke kawasan pedalaman untuk kegunaan orang tempatan?
Menurut Stephen Wong, semasa mengemukakan soalan tentang senarai nama 12 syarikat pemegang lesen "Community Drumming" di Sandakan, serta kuota minyak subsidi sebulan, menteri berkenaan tidak menjawab ikut soalan. Adakah ini merupakan rahsia atau maklumat sulit?

Selain itu, Wong juga berpendapat bahawa pihak kerajaan seharusnya mengkaji semula subsidi terhadap penjana tenaga bebas (IPP), dimana RM11 billion minyak subsidi diberikan kepada IPP oleh pihak kerajaan.
Stephen Wong menyeru wakil rakyat, tidak kira BN atau pembangkang, sepatutnya prihatin terhadap IPP yang menggunakan minyak subsidi kerajaan, dan pada masa yang sama menjual kuasa tenaga dengan harga yang mahal kepada pihak TNB. Kerajaan seharusnya mengkaji semula subsidi minyak yang diberikan kepada IPP, dan bukannya mewujudkan sistem subsidi baru yang menyusahkan rakyat jelata.
Beliau juga berkata, GST sebanyak 6% yang bakal dilaksanakan pada bulan April tahun depan akan menambahkan  beban rakyat. Adakah kerajaan BN benar-benar mendahulukan rakyat? ataupun membodohkan rakyat?

Apabila kerajaan BN diberi mandate semula oleh rakyat pada PRU 13 lalu kehidupan rakyat di negara ini semakin terhimpit oleh faktor kenaikan harga barang yang melambung tinggi terutama sekali golongan miskin yang tinggal di kawasan luar Bandar kerana kos sara hidup terlalu tinggi.

No comments:

Post a Comment