Friday 27 June 2014

MENJALAJAH KELAB NGO KE TANJUNG ARU DAPAT SAMBUTAN



Written by Admin

OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD
FOTO SAFFIE S JUMADI




TANJUNG ARU (SUKAU) Visi dan Misi perjuangan Kelab Penyokong BN Sabah  dan Kerajaan (KPBNSDK) diteruskan walaupun mendapat sedikit tentangan daripada beberapa pihak khususnya segelintir penyokong-penyokong BN yang kurang senang dan sengaja tidak mu mendengar penjelasan yang terperinci mengenai matlamat dan fungsi-fungsi sebenar kelab ini.

MENJELAJAH.... Semangat ahli-ahli kelab NGO yang diketuai Hajah Rauyah gambar kenangan di Jeti Pangkalan Tanjung Aru

Kita jangan mudah putus asa teruskan perjuangan kelab ini yang berniat murni untuk membantu kepada masyarakat   dalam menerusi pelbagai program-program keilmuan  khususnya untuk menjana ekonomi rakyat jelata.
 
Pengerusi Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSDK) daerah Sandakan Hajah Rauyah Bararulasit  berkata demikian kepada media sejurus selepas lawatannya menjelajah di Kampung Tanjung Aru dekat sini kelmarin.
  
Katanya setiap kunjungannya bersama rombongan kelab itu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan boleh dikatakan setiap penduduk kampung berkenaan begitu minat mahu menjadi ahli kelab ini setelah mereka mendengar penjelasan melalui ceramah-ceramah yang disampaikan itu.
     
“Saya sebagai pengerusi kelab ini akan meneruskan perjuangan kelab ini walaupun ada suara-suara sumbangan dalaman kelab ini  yang coba merendah-rendahkan perjuangan kami, sebagai Pengerusi yang diberi mandat dan ramai pengaruh saya  akan hadapi semuanya dengan penuh kesabaran dengan penuh keredahan yang penting niat dan nawaitu kita ikhas.
  
Ahli-ahli Kelab NGO Daerah Sandakan akan nampak sendiri  kerja dan perjuangan kita yang tidak pernah kenal erti keletihan kurangkan bercakap banyak tetapi lebih buat kerja yang dinamik jangan lebih kuah daripada nasi” tegas Hajah Rauyah

Selanjutnya Rauyah mengucapkan terima kasih kepada penduduk-penduduk Kampung Tanjung Aru kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kelab NGO ini.

No comments:

Post a Comment