Wednesday, 18 June 2014

‘Speaker Dewan Rakyat perlu belajar dari Hannah Yeo

 830 9 0 848

By Admin


Kenapa pihak pembangkang tidak diberikan masa untuk membentangkan usul?
surendran parlimen 






KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran menyarankan agar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri  Pandikar Amin Mulia belajar daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh.
Menurutnya, speaker Dewan Rakyat berbeza jika dibandingkan dengan speaker DUN yang membenarkan pihak pembangkang membentangkan usul.
“Saya telah memohon kepada tuan speaker untuk membentangkan usul tetapi usul tersebut telah ditolak,” katanya dalam satu sidang media di lobi Dewan Negara.
Katanya, parlimen bukan sahaja tempat untuk ahli parlimen membentangkan usul tetapi turut membenarkan ahli parlimen untuk berdebat tentang apa-apa isu.
“Kenapa pihak pembangkang tidak diberikan masa untuk membentangan usul dan tidak memberikan masa untuk pihak pembangkang berdebat?
“Tidak guna sekiranya wang yang dibayar oleh pembayar cukai untuk mengekalkan Dewan Rakyat ini tidak digunakan untuk berdebat tentang apa-apa isu,” katanya.
Jelasnya, ini adalah Dewan Rakyat yang mengamalkan sistem autoriti dan perkara ini mesti dihalang supaya ianya tidak lagi menipu rakyat.
Perkara ini tidak berlaku di negara-negara Komanwel lain dan juga tidak berlaku di United Kingdom.
“Di United Kingdom, mereka memberikan 20 hari kepada pihak pembangkang untuk membentangkan usul, tetapi sebaliknya berlaku di Malaysia. Di Dewan Rakyat, speaker dewan langsung tidak membenarkan ahli dewan untuk berbincang mengenai isu MH370.
“Saya akan terus berjuang bagi memastikan perubahan ini berlaku di Parlimen,” katanya.

No comments:

Post a Comment