Saturday, 28 June 2014

MANA SURAT ORIGINAL TUNJUK SEBAB.....TANYA YAMMY

 79 1 0 80


Jika Umno serius untuk menyuruh saya menjawab surat tersebut, mereka sepatutnya menghantar surat yang 'original'
yammy-samat 





PETALING JAYA: Yammy Samat menegaskan beliau ingin Umno menghantar surat tunjuk sebab yang ‘original’.
Menurut ibu calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, beliau hanya menerima surat salinan melalui serahan tangan secara terus oleh Penolong Setiausaha Kerja Umno Perak, Ishak Darus.
“Buat masa ini saya hanya terima surat salinan yang bertarikh 3 Jun yang lalu.
“Surat yang saya terima itu belum dijawab lagi dan kemungkinan saya tidak akan jawab langsung,” katanya.
Jelasnya lagi jika Umno serius untuk menyuruh saya menjawab surat tersebut, mereka sepatutnya menghantar surat yang original.
“Di dalam surat itu juga meminta saya menjawab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana dikatakan menyokong parti pembangkang.
“Saya rasa tidak bersalah kerana tidak pernah menjadi penyokong parti pembangkang mahupun mengisi surat hitam putih yang mengatakan saya ahli parti pembangkang,” ujarnya
Tambahnya lagi, “Saya hanya mengikut anak saya berkempen dan saya rasa tidak boleh menjawab surat tunjuk sebab dari Umno kerana dituduh menyokong pembangkang.
“Saya masih lagi ahli Umno selagi pihak mereka tidak memecat saya,” tegasnya.
Yammy menjelaskan berikutan Umno menghantar surat tunjuk sebab kali kedua kepada beliau selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, memberi tempoh 14 hari dari surat tunjuk sebab untuk Yammy menjawab surat berkenaan. Tarikh tersebut tamat pada Isnin lepas dan disambung lagi selama dua minggu.
Pada 3 Jun lalu, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei 2014.
Pada PRK itu, Dyana Sofya, 27 tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi.

No comments:

Post a Comment