Thursday 12 June 2014

PENUBUHAN KELAB PENYOKONG BN SABAH DAN KERAJAAN BUKAN BERSAING DENGAN PARTI KOMPONEN BN...TEGAS RAUYAH



Written by Admin
Thursday June 11.2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:-  Sebagai Pengerusi Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Daerah Sandakan saya akan meningkatkan usaha dengan lebih gigih lagi bersama ahli-ahli kelab ini untuk memajukan pelbagai aspek kelab ini khususnya kepada ahli-ahli kelab dan juga kepada masyarakat setempat.

TIDAK GENTAR.....Rauyah..saya tidak gentar sebarang ugutan kerana niat kita ikhlas menubuhkan Kelab NGO ini untuk  kepentingan ahli-ahli   komponen BN dan penduduk setmpat.

Biarlah saya berteruskan tujuan kelab ini ditubuhkan di Sandakan bukan bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana parti komponen BN yang di ada di kawasan Sandakan ini kerana terdapat sesetengan pemimpin  UMNO rasanya tak perlu saya sebut namanya telah mempertikaikan penubuhan kelab ini di Sandakan bermacam-macam persipsi  negative ditimbulkan untuk mengilukan orang ramai khususnya ahli-ahli parti komponen BN.

 
 GANDINGAN MANTAP.....Barisan AJK Kelab NGO Daerah Sandakan bersama dengan Presiden Kelab berkenaan Datuk Mohd Jeffry Rosman

Pengerusi Kelab Penyokong BN  Sabah dan Kerajaan Daerah Sandakan Hajah Rauyah Baharulasik berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluanya di majlis pelancaran kelab NGO itu di Ballroom Sandakan Hotel dekat sini petang kelmarin.


“Sempena dengan pelancaran Kelab NGO ini bagi daerah Sandakan ia merupakan satu rahmat kerana lahirnya kelab  NGO ini sudah pastinya dapat memangkin segala aktiviti yang berfaedah serta banyak menganjurkan pelbagai program yang akan membawa menfaat kepada semua ahli dengan niat kita untuk mermbawa wadah perjuangan sebagai sebuah badan  NGO ke arah menaikan taraf ekonomi rakyat secara bermasyarakat umumnya tanpa memikirkan parti politik mana yang diwakili kerana ini juga merupakan sebuah badan NGO bebas yang mana pro kepada Kerjaan BN yang bertujuan bagi meringankan bebanan para pejuang pemimpin politik yang mewakili komponen BN di Sabah.” Ujar Rauyah.

Rauyah berkata selaku pengerusi Kelab yang diberi tanggungjawab dan amanah beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kepercayaan  kepada wanita anak jati Sandakan bagi mempertejemahkan segala tanggungjawab demi rakyat dam masyarakat setempat di daerah Sandakan dan secara khususnya ke  arah  membuka banyak ruang ekonomi melalui penganjuran aktiviti yang sememangnnya membawa sejuta  menfaat selepas ini.


 TERIMA KASIH.....Hjh Rauyah menerima watikah pelnatikan jawatan Pengerusi Kelab NGO Daerah Sandakan oleh Preiden Kelab berkenaan Datuk Jeffry Rosman


“Saya yakin dengan terbentuknya barisan Ahli Jawatankuasa badan NGO ini diperingkat Parlimen dan DU ini nanti maka akan bertambah besarlah ahli keluarga kelab ini dan akan memudahkan untuk kita mencapai misi dan visi melalui peluang yang akan dilaksanakan oleh kelab ini dari masa kesemasa” jelasnya.




TERIMA WATIKAH PELANTIKAN....Rozzalin Mohd Hashim Wartawan Kanan New Sabah Times menerima watikah pelantikan sebagai Pegawai Publisiti Kelab NGO daripada Presiden Kelab berkenaan

Katanya sebagai pengerusi yang telah diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh presiden Kelab ini Rauyah dengan bersama-sama ahli-ahli Kelab ini akan mengadakan program jelajah untuk misi kelab ini bagi menambah keahlian dengan jumlah sasaran kaum ibu-ibu tunggal serta suri rumahtangga di sekitar daerah  Sandakan melalui bantuan AJK kawasan Parlimen masing-masing bermula pada minggu depan sehingga mencapai nisbah sasaran 5,000 ahli dalam tempoh sebulan dari sekarang.

“Saya tidak gentar sebarang ugutan daripada beberapa pemimpin politik pro BN dari kawasan  Batu Sapi yang tidak merasa senang kewujudan Kelab NGO ini yang berpaksikan membantu rakyat dengan tidak mengganggu gugat kedudukan seseorang dalam mana-mana badan politik komponen BN kita buat dengan niat yang ikhlas lagipun fungsi Kelab ini bukan berperanan fokus kepada agenda politik,  kelab ini fokus kepada sosial dan kebajikan ahli-ahli parti komponen BN yang membabitkan PBS, UPKO, PBRS, MCA,MIC LDP, Gerakan dan UMNO” juarnya.

1 comment:

  1. Syabas Kelab Penyokong BN Sabah Dan Kerajaan Kawasan Parlimen LIBARAN & SANDAKAN serta kawasan Parlimen BATU SAPI 2017
    Ikhlas daripada ;-
    SETIAUSAHA AGUNG PUSAT
    MOHD HISNAIN BIN NASSAR

    ReplyDelete