Monday 2 June 2014

MUSTAFAH DAN ROZZALIN SAMBUT BAIK CADANGAN JEFFRY UNTUK KEMBANGKAN KELAB NGO KE SANDAKAN






Written by Admin
Monday  Jun 02.2014
  
OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Dua orang wartawan yang tidak sing lagi Rozzakin Mohd Hashim dan Mustafah Mohd Hassan masing-masing dari Akhbar News Sabah Times menyambut baik atas saranan dan kepercayaan Presiden Kelab Penyokong BN Kerajaan Sabah Datuk Mohd Jeffry Rosman untuk mengembangkan sayap kelab NGO ini di Sandakan.

Mustafah merujuk sebuah berita yang tersiar di Portal Online Free Sandakan Today bertajuk: “Mustafah dan Rozzalin  Akan Dilantik Untuk Menerajui Kepimpinan Kelab NGO...Kata Jeffry” pada 27 Mei lalu.

“Kami setuju sekiraya niat baik dan ikhlas Datuk Jeffry hendak melantik kami menubuhkan Kelab NGO ini namun kami minta  beliau menguarkan surat rasmi agar kami dapat menubuhkan jawatankuasa penaja sebaik saja kami menerima surat hitam putih dari beliau” ujarnya.

Wartawan Free Sandakan Today yang mengikuti sedikit sebanyak perkembangan dan perjalanan Kelab NGO yang dipimpin oleh Jeffry sempat bertanya bahawa beliau (Jeffry) mempunyai keyakinan penuh terhadap Mustafah dan Rozzalin untuk memimpin kelab NGO ini khususnya di Sandakan dan mereka juga akan dibantu oleh saudara SSJ yang merupakan orang yang berpengalaman luas dalam menerajui badan-badan NGO.







No comments:

Post a Comment