Wednesday 4 June 2014

IBU TUNGGAL PENGUNDI P186 SANDAKAN DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI JUWITA......NORAINI SULONG



Written by Admin
Wednesday 04.2014


OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Ketua Anak Negeri (KAN) Hajah Dayang Siti Pulau  telah dilantik dengan rasminya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Ibu Tunggal (JUWITA)  Peringkat Parlimen P186 Sandakan berkuatkuasa pada hari ini (4hb Jun 2014).


SERAH WATIKAH......Terima kasih Hajah Siti menerima Watikan Pelantikan daripada Noraini Sulong

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang juga selaku Yang Dipertua JUWITA Sandakan Noraini Sulong telah menyampaikan watikah  pelantikan jawatan tersebut kepada Hajah Siti di pejabat UMNO Bahagian Sandakan petang tadi.


Noraini berkata perlantikan Hjh Siti  sebagai Pengerusi JUWITA P186 Sandakan telah mengambil kira dari pelbagai sudut.



 HADIR SAMA....Turut hadir pada majlis upacara penyampaian Watika itu ialah Rozzalin Mohd Hashim Wartawan new Sabah Times dan Pengarang Kanan Free Sandakan Today.com Saimon S Jumadi

“Saya percaya Hjh Siti mempunyai kemampuan bagi menjalankan tugas dan bertanggungjawab  bagi mengendalikan tugas-tugasnya sebagai pengerusi JUWITA yang berpapsikan membantu kepada ibu-ibu tunggal” ujarnya.
  
Sementara Hajah Siti dalam ucapan ringkasnya beliau mengucapkan terima kasih kepada Noraini Sulong atas kepercayaannya melatik beliau sebagai Pengerusi JUWITA peringkat parlimen Sandakan.

“Kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk mentadbir JUWITA ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang saya harus pikul walaupun seberat manapun terpaksa  saya akan laksanakan dengan sebaik-baiknya demi membantu nasib balu-balu,ibu tunggal atau janda-janda dalam memberi pelbagai bantuan khusus untuk meneruskan kehidupan” jelasnya.

Hjh Siti berkata JUTIWA ini terbuka kepada pengundi kawasan Parlimen Sandakan sahaja yang merangkumi dua kawasan DUN iaitu Elopura dan Tanjung Papat tidak kira cina,India dan Bumiputera yang berstatus Ibu Tunggal  adalah dialu-alukan mendaftar   diri sebagai ahli JUWITA.



“Dengan syarat mereka yang bergelar ibu tunggal  yang tiada surat mati atau surat cerai   mereka hendaklah membuat surat akuan yang disahkan oleh Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah untuk membolehkan mereka menjadi ahli secara atomatik dan mereka boleh menghubungi saya secara langsung melalui H/P 012-815-2185 bagi mereka yang mempunyai surat kahwin dikecualikan untuk membuat surat akuan”  ujarnya.


No comments:

Post a Comment