Friday, 20 June 2014

RIZT RETZUAN ATAU HALIM HASSAN BUAT FITNAH AKAN DI DAKWA DI MAHKAMAH....JEFFREY ROSMAN




Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG

 











 JEFFRY...Ahli-Ahli Kelab NGO KPBNSK jangan mudah termakan fitnah atau hasutan Halim Hassan


KOTA KINABALU:- Terdapat beberapa individu yang tidak senang kewujudan Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan dan mereka sanggup mendedahkan perkara  di wall FB menyatakan  bahawa ROS telah menolak permohonan penubuhan kelab ini.

Ini memang benar pihak ROS telah menolak sebab nama dalam permohonan Kelab NGO ini telah dibatalkan atas sebab orang itu telah menyertai parti pembangkang ini bertentangan dengan garis panduan dan matlamat tujuan asal perjuangan Kelab NGO ini yang menyokong dasar-dasar kerajaan.









HALIM HASSAN....Nama sebenar @Ritz Reztzuan dan  Jekaka Sepi


 
Saya kenal siapa orang ini saya tak perlu mendedahkan nama orang ini yang mahu menghancurkan penubuhan Kelab NGO (KPBNSK) sebab namanya sudah tersingkir dan orang itu dilantik sebagai Setiausaha Agung (KPBNSK). 
  
Disebabkan orang ini telah kecewa dan tidak dapat bersama-sama kita lantas dia menyebarkan pelbagai fitnah terhadap diri saya orang ini banyak membuka akaun laman sosial (FB) lebih 10 dan salah satu FB ia menggunakan nama Rizt Retzuan dan Jejaka Sepi.

Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSK) Datuk Mohd Jeffry Rosman berkata demikian kepada Wartawan Portal Free Sandakan Today.com di Kota Kinabalu kelmarin ketika diminta mengulas beberapa dakwaan bahawa Kelab NGO ini telah ditolak permohonannya oleh ROS.

Bagaimanapun kata Jeffry Kelab NGO akan didaftarkan semula dan meletakan nama salah seorang yang dilantik sebagai Setiausaha Agung Kelab ini Insyalah pihak ROS pastinya akan memberikan kelulusan Sijil Pendaftaran penubuhan Kelab ini dalam masa terdekat ini.


“Buat masa ini saya tak perlu dedahkan siapa orang yang bakal membantu untuk menubuhkan Kelab ini mudah-mudahan atas niat suci beliau membantu kita semoga dapat dilulusan dengan seberapa segara” ujarnya.

Kata Jeffry lagi orang yang telah membantu penubuhan Kelab ini untuk didaftar semula dengan ROS ialah merupakan seorang wartawan kanan veteran yang banyak berpengalaman luas bukan saja dalam pentadbiran bahkan dalam bidang kerjaya kewartawanan selama 35 tahun.

“Saya harap kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima  fitnah melalui FB oleh Rizt Riztwan ini semoga tidak mudah menerima hasutannya yang bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dan perjuangan kita dalam Kelab NGO ini” tegasnya.


“Saya terus terang sayang tidak teragak-agak melaporkan perbuatan Riztwan ini ke Balai Polis dan seterusnya merujuk kepada peguam saya untuk mendakwa beliau sekiranya Riztwan terus mengganggu  selepas penubuhan Kelab NGO ini mendapat kelulusan daripada pihak  Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)” jelasnya lagi.



No comments:

Post a Comment