Tuesday, 17 June 2014

Generasi muda lebih faham jalinan persahabatan Malaysia dan China

 28 1 0 33

By Admin

 | June 17, 2014
Generasi muda dijemput hadir tonton persembahan anak-anak Permata Seni
permata 




 KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, penaung program Permata, menjemput orang ramai khususnya generasi-Y untuk menonton persembahan khas bertajuk ‘Friendship Across Generations’ atau Persahabatan Merentasi Generasi pada 20-22 Jun 2014 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
“Pada 28 Mei lepas, anak-anak Permata Seni telah membuat persembahan khas bertajuk ‘Friendship Across Generations’ di Auditorium National Museum, Beijing.
“Persembahan ini adalah sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Republik Rakyat China pada 27 Mei-1 Jun lepas bagi meraikan 40 tahun perhubungan diplomatik di antara Malaysia dan China.
“Persembahan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta dapat liputan luas di akhbar utama di China.
“Ia menceritakan hubungan Malaysia-China yang bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, membawa kepada perhubungan diplomatik yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Ketua Negara Asean yang pertama dalam mewujudkan hubungan rasmi dengan China, sehinggalah pengukuhan silaturahim di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya yang ditemui di kediamannya di Jalan Duta, sebentar tadi.
Menurut beliau, rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, perlu diberi peluang untuk menikmati persembahan tersebut agar lebih memahami jalinan persahabatan yang wujud di antara Malaysia dan China.
“Justeru itu, saya ingin menjemput semua terutama golongan muda ke persembahan Permata Seni ‘Friendship Across Generations’ yang akan dipentaskan selama tiga hari bermula pada 20hb hingga 22hb ini di Istana Budaya.
Tambahnya, persembahan ini adalah percuma tetapi menggunakan pas masuk khas. Jumlah pas masuk akan disediakan untuk umum namun jumlahnya terhad. Pas ini boleh didapati di kaunter Box Office Istana Budaya mulai 18hb Jun dari jam 9 pagi hingga 4 petang. fmt

No comments:

Post a Comment