Sunday 22 June 2014

KETUA MENTERI SABAH SOKONG DAN MENYAMBUT BAIK PENUBUHAN KELAB NGO






Written by Admin
OLEH: SAIMON S JUMADI


LIBARAN:-  Kunjungan kehormat ahli-ahli Jawatankuasa Induk Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSK) yang diketuai sendiri Pengerusi Kelab tersebut Hajah Rauyah Barulasik kerumah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman di di Seri Libaran Jalan Sungei Kayu pagi tadi cukup bermakna dan betul-betul bermenfaat.

 


TERIMA KASIH....Datuk Musa menerima cenderahati kenangan daripada Hajah Rauyah

Dalam pertemuan tersebut Hajah Rauyah memberikan penjelasan dengan terperinci mengenai penubuhan Kelab NGO ini mengenai tujuan asal dan metlamat konsep, perjalanan perjuangan ini kepada Ketua Menteri yang merupakan Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Sabah.

Tindakan balas daripada Ketua Menteri penubuhan Kelab ini telah di sokong penuh oleh Musa sendiri dan beliau faham kelab NGO ini tidak bertentangan dengan konsep perjuangan Barisan Nasional (BN) ia menjurus kepada fokus kebajikan dan menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah.

“Saya bagi pihak seluruh anggota Kelab NGO ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Berhormat Datuk Seri Musa HJ Aman Ketua Menteri Sabah kerana telah menerima kehadiran Kelab NGO ini dan kami akan membantu untuk mempertabatkan perjuangan BN dipersadah politik tanah air” ujar Hajah Rauyah.

Sebelum ini kata Rauyah kebanyakan Ahli-Ahli UMNO sama ada di kawasan Libaran dan kawasan Batu Sapi  tidak termasuk UMNO Sandakan mereka langsung menolak kehadiran Kelab NGO ini kerana terdapat beberapa pemimpin di kedua-dua kawasan Batu Sapi dan Libaran terlalu memandang serong terhadap niat baik penubuhan kelab NGO ini yang mereka anggap sebagai batu penghalangan kepada perjuangan mereka dalam UMNO.


MUSA ...Menerima kunjungan kehormat Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan

“Saya sudah jelaskan berkali-kali penubuhan Kelab NGO ini bukan fokus kepada politik ia menjurus kepada hala tuju menjaga kebajikan rakyat terutama sekali ahli-ahli komponen BN seperti  ahli UMNO, PBS, UPKO. MIC, MCA PBRS  Gerakan dan LDP” tegasnya.

Kata Rauyah lagi kelab ini akan terus menjelajah dari satu tempat ketempat lainnya untuk mencari ahli-ahli yang terdiri daripada ahli-ahli komponen saja  agar sama-sama berjuang untuk merealisasikan kemantabkan perjuangan kerajaan Barisan Nasional.

“Setakat ini di kawasan daerah Sandakan telah berjaya mengumpul ahli seramai 5,000 orang  kesemuanya ahli-ahli parti daripada komponen BN telah menjadi ahli kelab ini” jelasnya.




No comments:

Post a Comment