Written by Admin
OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO” SAFFIE S JUMADI

“Pepatah ada menyebut kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya lantas samalah kita sebagai
ibubapa kalau hendak mendidik biarlah dari kanak-kanak lagi senang ditunjuk
ajar” kata Noraini.
Noraini berkata penganjuran
sukaneka seperti yang dijalankan oleh pihak SARM dan TASKIM ini agar dicontohi oleh
mana-mana sekolah yang lain kerana ini akan membawa pelbagai menfaat.
Sementara pada jam 10 pagi
Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan
telah mengadakan program Basmi Dadah Dikalangan Belia di Taman Mesra.
TERIMA KASIH....CDO Mohd menerima cenderahati kenangan daripada Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan Noraini Sulong
Dalam ceramah ringkas
daripada pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) walaupun pihak berkuasa
khususnya pihak Narkotik Anti Dadah
menguatkuasakan undang-undang barang siapa yang terlibat mengambil,memiliki dan
mengedar najis dadah mereka akan menerima hukuman berat jika disabit kesalahan
boleh meringkuk dalam perjara bertahun-tahun lamanya tetapi masih ada golongan
yang engkar dan pengambilan dadah semacam satu budaya.
Bagi AADK pula jika
masyarakat yang terlibat pengambilan dadah mereka yag terbabit akan di tangkap
dan di bawa kepusat pemulihan rawatan khususnya di pusat-pusat serenti.
Katanya dadah ini banyak
jenis selain dai syabu kebanyakan mereka mengambil dadah antara yang melibatkan
pemandu lori, pemandu bas juga pemandu teksi pokoknya mereka bekerja yang memerah tenaga seperti bekerja berpanjangan masa jadi untuk
menahan kepenatan yang tidak dirasai lantas mereka mengambil dadah jenis syabu
ini sebagai pendukung tenaga mereka.
Dalam pada itu Pengerusi
Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan Noraini dalam ucapan ringkasnya antara
lain mengucapkan terima kasih kepada pihak JKDB Taman Mesra dan juga kepada
Pegawai Kemajuan Masyaratkat (CDO) Elopura Mohd Haji Utung@ Abdul Hamid kerana
memberikan kerjasama kepada pihak PEMADAM.
No comments:
Post a Comment