Thursday 12 June 2014

KELAB PENYOKONG BN SABAH DAN KERAJAAN (NGO) DAERAH SANDAKAN DILANCARKAN DENGAN RASMINYA



Written by admin
Thursday  June 11. 2014

OLEH: SAIMON S  JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


 JEFFRY........Penubuhan Kelab NGO ini bukan untuk bersaing dengan badan politik BN di negeri ini

SANDAKAN:- Tujuan menubuhkan Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan bukanlah mahu bersaing dengan mana-mana pertubuhan khususnya badan politik parti-parti komponen Barisan Nasional (BN)  di negeri ini.


WATIKA PELANTIKAN.....Terima kasih Datuk seorang Wartawan New Sabah Times Mustafah menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Kelab NGO kawasan Libaran daripada Prsiden Kelab tersebut 
 
Kelab ini berperanan dan  condong kepada menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan  khusus untuk membantu kepada ahli-ahlinya dalam pelbagai aspek seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan garis-garis panduan Kelab ini yang telah didaftarkan kepada Pertubuhan Pendaftaran (Registration of Society-ROS) dan telah diluluskan.

Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jaffry Rosman berkata demikian dihadapan 300 ahli-ahli Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan daerah Sandakan  semasa melancakan penubuhan kelab tersebut yang diadakan di Ballroom Sandakan Hotel dekat sini petang tadi.
 TERIMA KASIH DATUK......Vocalist Band Melody Group Rosdina menerima watikah daripada Jeffry sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Kelab NGO Daerah Sandakan


Berikut saya huraikan tujuan dan matlamat penubuhan Kelab NGO ini.

01 Memfokus hala tuju ekonomi setiap ahli jawatankuasa Induk Kelab dan seluruh ahlinya  dalam konteks ekonomi

02  Memperbanyakkan  peluang-peluang berniaga menerusi gabungan jalinan kerjasama dengan semua badan-badan berkanun dan agensi kerajaan bagi menganjur kursus-kursus pra usahawan dan juga kursus-kursus kemahiran diri.
 
03 Memperjuangkan hak-hak wanita seperti  ibu-ibu tunggal untuk diberikan peluang mendapat bantuan dana berniaga secara ringan dan mudah tanpa membebankan pemohon.

04 Mewujudkan Kad I care U untuk semua ahli menikmati kadar diskaun dari 10 hingga 50 peratus untuk hotel,klinik, kedai rakyat 1Malaysia,bukti-butik,Giants  dan Survey serta banyak lagi menfaat  diskaun yang akan diberikan.

05 Membri peluang kepada semua ahli  kelab lebih dekat dengan pemimpin negeri dan pusat  bagi merealisasikan motto Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

06 Merancang untuk menubuhkan koperasi kelab bagi tujuan membantu semua ahli mendapatkan dana dan juga peluang memiliki rumah mampu milik di bawah skim Perumahanku Idamanku dengan harga kos antara RM95,000 ke RM125,000 seunit teres bawah.

07 Mewujud pelan bantuan bagi semua anak-anak ahli kelab yang cemerlang dalam akademik dan dibiayai penganjian di IPTA yang terpilih.

“Inilah antara objektif  sebenar Kekab NGO BN Sabah dan Kerajaan  ditubuhkan bukan untuk bersaing dengan mana-mana badan politik khususnya dalam BN kita hanya akan membantu kepada ahli-ahli BN yang terpinggir oleh sikap pilih bulu atau birokrasi” kata Jeffry lagi.

“Saya amat kecewa terdapat beberapa pemimpin UMNO/BN daripada DUN Sekong yang tidak senang dengan penubuhan Kelab NGO ini sehingga menimbulkan persipsi negatif Kelab ini hanya dianggotai oleh ahli-ahli komponan BN sahaja seperti UMNO, LDP, PBRS, Gerakan, MCA, MIC PBS dan UPKO  fokus kelab ini bukan berpolitik ia hanya berkonsepkan kepada kebajikan kepada ahli-ahli BN yang terpinggir tidak mendapat apa-apa bantuan” tetasnya.

Sambil itu Jeffry juga telah mengumumkan bahawa seorang Waartawan   dari akhbar New Sabah Times dan  juga Penggiat seni tanah air yang tidak asing lagi Muastafah Mohd Hassan dengan rasminya telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong BN  Sabah dan Kerajaan bagi kawasan Parlimen Libaran  berkuatkuasa kelmarin dan beliau (Mustafah) telah menerima watikah pelantinkan dari Jeffry.
  
Sementara Mustafah mengucapkan terima kasih kepada Presiden Kelab NGO ini khususnya Jeffry kerana  telah memberikan kepercyaan sepenuhnya untuk menerajui kelab NGO ini di kawasan Parlimen Libaran.
  
“Saya akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab  dan kewajiban saya sebagai Pengerusi Kelab  NGO ini yang telah di amanahkan oleh Presiden dengan penuh didikas untuk memaju kan Kelab ini” ujarnya.

4 comments:

  1. Syabas Kelab Penyokong BN Sabah Dan Kerajaan Kawasan Parlimen LIBARAN & SANDAKAN serta kawasan Parlimen BATU SAPI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikhlas daripada ;-
      SETIAUSAHA AGUNG PUSAT (KPBNSDK)
      MOHD HISNAIN BIN NASSAR
      Kelab Penyokong BN Sabah & Kerajaan - (2017)
      Negeri Sabah

      Delete
    2. Ikhlas daripada ;-
      SETIAUSAHA AGUNG PUSAT (KPBNSDK)
      MOHD HISNAIN BIN NASSAR
      Kelab Penyokong BN Sabah & Kerajaan - (2017)
      Negeri Sabah

      Delete
  2. Syabas Kelab Penyokong BN Sabah Dan Kerajaan Kawasan Parlimen LIBARAN & SANDAKAN serta kawasan Parlimen BATU SAPI

    ReplyDelete