Saturday 21 June 2014

PENGERUSI JKKK KG MAMIANG MADAH@WAHID hUSIN AKAN DIDAKWA DI MAHKAMAH



Written by Admin

OLEH:  MOHD SUFFIAN AHMAD

 













PENCEROBOH.....Abdullah saya akan dakwah Wahid di mahkamah kerana menceroboh tanah tidak bergeran Sungai Sumpit Tambisan


TAMBISAN:- Seorang ketua pemohon tanah seluas 40 ekar di kawasan Sungai Nipah Sungai Sumpit Abdullah Haji Hamid  Nombor Mykad 570307-12-5209  mendakwa bahawa tanah yang diphon itu belumpun disukat oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur telah diselewengan oleh orang yang dikenali Madah@Wahid Husin dan telah dimajukan dengan penanaman sawit.

Menurut Abdullah tanah yang  tidak mempunyai  geran itu majukan oleh Wahid  joint venture dengan seorang bangsa cina antara 30% hingga 70 peratus.

Madah yang memegang jawatan Pengerusi JKKK Kampung Mamiang dan DUN Sukau  didakwa telah menipu  cina tersebut  antara salah satu sebab tanah tersebut masih atas nama Abdullah Hj Hamid kenapa Wahid memandai-mandai  memajukan tanah seluas 40 ekar yang tidak mempunyai geran.

“Sayapun sudah membuat laporan polis bahawa Madah dianggap telah menceroboh tanah tersebut  sedangkan tanah  itu  kini masih dalam proses untuk diluluskan atas nama  saya  bukan nama Wahid” tegas.

Kata Wahid perbuatan Wahid sebagai Pengerusi JKKK Kampung Mamiang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana sebagai seorang pemimpin masyarakat telah terlibat dalam kegiatan penipuan orang jenis macam ini ADUN Sukau harus memecatnya daripada pengerusi JKKK .

Apapun kata Abdullah “saya akan mengutus surat kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Pegawai Daerah Kinabatangan dan Ketua Kampung Tambisan  Ramie  Panglima Ali untuk memaklumkan bahawa tanah 40 ekar yang belum mempunyai geran telah diceroboh dan dijual kepada cina tersebut.

“Sekiranya pihak-pihak yang berkenaan gagal mengambil sebarang tindakan keatas Madah Wahid yang menceroboh tanah tersebut saya tiada pilihan lain melainkan saya akan melantik seorang peguam untuk meminta kepada Mahkamah mengekuarkan satu warren tangkap keatas Wahid dan rakannya sebab kes inipun sudah saya laporkan kepada polis” ujarnya.

No comments:

Post a Comment