Monday, 2 June 2014

Pengundi luar tak pulang, kekuatan jentera BN punca DAP tumpas di Teluk Intan

 3 0 0 3

By Admin

  Monday  June 02 2014
DAP dah lakukan yang terbaik supaya pengundi terus memilih calon DAP di Teluk Intan.
Teluk IntanOleh: IKWAN DZULKIFKIE

UNDI  PERATUSAN ....80 peratus golongan muda, Cina, Melayu dan India undi Calon DAP PRK Teluk Intan

SHAH ALAM: Pengundi luar tidak pulang dan kekuatan jentera Barisan Nasional (BN) menjadi punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ParlimenTeluk Intan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam satu sidang media di Dewan Jubli Perak disini hari, Abdul Khalid berkata walaupun DAP tumpas dalam PRK tersebut semalam, parti itu telah melakukan yang terbaik.
“Saya rasa DAP dah melakukan yang terbaik untuk memastikan pengundi Teluk Intan kekal memilih ahli parlimen DAP,” kata Abdul Khalid.
Khalid menyimpulkan kekalahan DAP dalam PRK Teluk Intan, walaupun baru setahun berlangsungnya PRU-13 disebabkan kerana pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak pulang serta kekuatan jentera BN mempromosikan calonnya.
“Ia tidak berpihak kepada mereka (DAP) terutamanya dalam PRK di mana banyak pengundi tinggal di luar kawasan tak dapat pulang mengundi.
“Keduanya dalam PRK ada sokongan kuat dari kerajaan persekutuan  untuk mempromosikan dan memujuk pengundi untuk memilih calon BN. Ini isu yang perlu kita utarakan,” katanya lagi.
Penglibatan kaum Cina kurang
Abdul Khalid turut membandingkan PRK Parlimen Teluk Intan dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di mana penglibatan kaum Cina kurang.
“Saya ada lihat peningkatan sokongan orang Melayu kepada DAP.
Ada persamaan juga dalam (PRK) Kajang…saya merupakan pengarah pilihan raya PKR. Penglibatan komuniti Cina…seperti complacent kerana PRK ini bukan penting dan mereka enggan pulang melaksanakan tanggungjawab,” katanya lagi.
Semalam, calon BN Datuk Mah Siew Keong berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti mudah, 238 undi dalam satu persaingan sengit.
Mah, yang juga merupakan Presiden Gerakan meraih 20,157 undi berbanding Dyana yang memperolehi 19,919 undi.
Terdahulu, Abdul Khalid merasmikan  program Kursus Perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja) yang menggalakkan kesukarelawanan panduduk di pangsapuri sekitar Selangor.
Pada PRU 14 ini nanti 90 peratus golongan muda dari umur 21 hingga 35 tahun sama ada kaum Cina, India dan Melayu bakal mengundi calon-caon Pakatan Rakyat (DAP-PAS-PKR) untuk menentukan kerajaan baru bagi mengguling kerajaan Barisan Nasional (BN)

No comments:

Post a Comment