Written by Admin
OLEH: SAIMON S JUMADI

Apa tujuan sebenar Chow
mengeluarkan kenyataan demikian adakah budak ini disuruh atau perbuatannya
sendiri saya tidak tahu saudara-saudara yang segama Islam dengan saya menerima
penghinaan sebegini rupa atau sebaliknya atau membawa perkara ini ke pihak
pengadilan.
Presiden Kelab Penyokong BN
Sabah dan Kerajaan (PKPBSK) Datuk Mohd Jeffry Rosman (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas perbuatan Chow Jack
yang menghina umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan pada 28 Jun ini didakwa
menyambut Hari Syaitan dan makan babi sebulan.
“Saya mewakili umat Islam
bukan saja di Sabah tetapi seluruh negara meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi
Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa pemilik sebenar akaun FB ini, jika dapat dikesan nama sebenarnya
pemilik akaun berkenaan serahkan kes ini kepada pihak polis dan Jabatan Agama
islam agar tindakan diambil” tegasnya.
“Berkali-kali saya tegaskan
baik kaum Melayu, Cina dan India jangan
sesekali mengeluarkan sentiment perkauman jangan hina bangsa dan agama
seseorang ini boleh menimbulkan kemarahan kepada kaum-kaum lain yang terbabit”
katanya.
“Saya rasa budak Chow ini
didalangi oleh beberapa orang yang anti Islam saya fikir Chow tidak berani
melakukan perkara tersebut kerana ini akan membinasakan dan makan diri sendiri
andai kata Chow diambil tindakan sehingga meringkuk dalam penjara siapa yang
bertanggungjawab keatas dirinya” katanya kepada wakil Free Sandakan Today hari
ini.
No comments:
Post a Comment