Written by Admin
OLEH:
SAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Syarikat Pengawal
Keselamatan Siera Security Services Sdn Bhd telah mengenakan syarat yang agak
ketat sesiapa saja yang ingin berkhidmat sebagai Pengawal Keselamatan dengan
syarikat ini mereka terpaksa mengikuti latihan kawat dan kuliah asas untuk mempelajari dan memahami sedikit
undang-undang dan tatacara tugasan
sebagai seorang anggota pengawal keselamatan.
Pengurus Sumber Manusia
Siera Security Services Sdn Bhd
Nurshaima Napis (gambar) berkata demikian kepada Free Sandakan Today sejurus selepas
memberikan taklimat kepada 30 orang yang
bakal menjadi pengawal keseamatan dengan syarikat tersebut.
LATIHAN KAWAT.. Seramai 30 orang anggota baru pengawal keselamatan bakal di hantar bertugas di politeknik pada 1 Julay ini
KURSUS ASAS....30 pesrta menghadiri kursus asas undang-undang petugasan pengawal keselamatan
“Memang sudah menjadi syarat
utama ini setiap orang yang ingin menjadi
pengawal keselamatan di syarikat
kami seseorang itu terlebih
dahulu didedahkan undang-undang petugasan, peranan dan tanggungjawab sebagai
seorang pengawal keselamatan yang penuh tanggungjawab dan didikasi ” ujarnya.
Kata Nurshaimah lagi
syarikat ini mempuanyai beberapa rangkaian cawangan di Sabah, Sarawak dan
disemenanjung dan menembusi pasaran yang cukup baaik di seluruh Malaysia.
Seramai 30 orang yang telah
mengikuti kursus asas keselamatan tersebut mereka akan memulakan menjalankan
tugas pada 1hb Julai ini ditempatkan di Politeknik Batu 10 Jalan Sungei Batang.
No comments:
Post a Comment