Tuesday 17 June 2014

Kredibiliti Perdana Menteri dipersoal?

 157 6 0 165

By Admin

Tuesday June 17.2014

Dua isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu rampasan Alkitab oleh JAIS dan kes hak penjagaan anak melibatkan pasangan berlainan agama.
najib300 





PETALING JAYA: Bekas AJK Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mempersoal kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan berkaitan isu sensitiviti kaum di Malaysia.
Beliau melahirkan rasa keresahan mengenai dua isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu rampasan Alkitab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kes hak penjagaan anak melibatkan pasangan berlainan agama.
“Kenyataan yang diberikan oleh Perdana Menteri berkaitan kes ini memperlihatkan beliau cuba lepas tangan daripada membuat sebarang pendirian yang memihak dan meletakkan beban itu kepada hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan”, katanya.
Beliau juga mempersoal keputusan mahkamah sivil mahupun syariah berkaitan kes ini kerana tiada proses rayuan dilakukan dan menyukarkan untuk dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi.
“Ini jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri merupakan seorang pemimpin yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam membuat keputusan”, ujarnya lagi.
Hal ini terbukti apabila Perdana Menteri melepaskan semua keputusan agar diputuskan oleh mahkamah persekutuan yang menurutnya lebih bijaksana dalam membuat keputusan.
Memetik daripada blog shahbudindotcom.blogspot.com beliau berkata, ketika isu ini sedang hangat diperbincangkan, Perdana Menteri seharusnya tidak berdiam diri dan hanya menuding jari kepada pihak lain untuk melakukan penyelesaian.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengkritik Najib yang ghairah memberikan respon kepada perkara yang tidak penting seperti membalas gurauan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai MC (Sijil Sakit) dan isu bola sepak.
“Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad masih kekal sebagai Perdana Menteri pada waktu sekarang atau isu ini berlaku pada era pemerintahannya, pastinya kedua isu ini mampu diselesaikan dengan mudah dan tidak berlarutan seperti sekarang,” katanya lagi. fmt

No comments:

Post a Comment