Monday 9 June 2014

GOTONG ROYONG BERSIHKAN TANAH KUBURAN KG GAS BARU ANJURAN WANITA UMNO BATU SAPI DAPAT SAMBUTAN


Written by Admin
Monday June 09.2014


OLEH: SAIMON S JUMADI


KARAMUNTING:- Bersempena bulan Syaban Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi dengan kerjasama penduduk-penduduk Kampung Gas Baru telah mengadakan Program Gotong Royong bagi membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Gas kelmarin.



BERJIWA RAKYAT.....Rahimah bersama ahli-ahli Wanita UMNO Batu Sapi  dilokasi program Gotong Royong membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Gas Baru 
Program yang bermula pada awal jam 7.00 hingga 10 pagi telah disempornakan oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu  Sapi Pauan Rahimah Asrah.



Dalam ucapan Rahimah antara lain menjelaskan  melalui program gotong royong sebegini ia bukan saja merupakan aktiviti amal jariah dan ibadah bahkan ia menjurus untuk menjalinkan siratulrahim di kalangan penduduk khususnya umat Islam setempat.




 RAHIMAH.....melalui program gotong royong sebegini boleh menjalinkan siratulrahim yang intim di kalangan penduduk kampung setempat
 
Permaufakatan adalah penting demi menjamin jalinan mesra yang berkekalan antara sesama  saudara Islam demi mewujudkan perpaduan yang intim sejajar dengan ajaran agama dan konsep Islam.

  

“Saya merasa terharu dengan kehadiran masyarakat Islam setempat khususya penduduk-penduduk Kampung Gas baru yang begitu komited menyertai program gotong royong ini saya dengan tulus ikhlas mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk-penduduk kampung dan termasuk para pemimpin masyarakat yang melibatkan  Ketua Kampung Gas Besar Haji Enggan Dullah, Ketua Kampung Gas Baru Hj Abdul Hakim Matoto Hj Udin Pemaju Mukim Unit PPM DUN Sekong Pengerusi JKKK Kampung Gas Baru Hj Miswari”Ujarnya.

  

Kata Rahimah lagi Wanita UMNO Batu Sapi sudahpun mengatur beberapa program  keagamaan sempema  sepanjang bulan Ramadan ini nanti.



Pergerakan Wanita Baahagian UMNO Batu Sapi di bawah pucuk pimpinan Rahimah Asrah akan terus mara kedepan dan sebagai sayap dan tulang belakang kepada UMNO bahagian Batu Sapi  akan menggembling tenaga untuk memantapkan perjuangan UMNO  Batu Sapi seiring dengan Pemuda dan Puteri.





“Dari itu saya menyeru ahli-ahli Wanita UMNO sama ada dari cawangan hingga ke akar umbi sokonganlah kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi yang diterajui oleh Datuk Hj samsudin Yahya demi UMNO demi Agama dan demi Bangsa dan Negara” tegasnya.

  

Sebagai badan penganjur program tersebut Wanita UMNO telah menyumbangkan makan minum untuk para peserta yang dianggar 200 orang yang mengambil bahagian dalam program gotong royong ini.

No comments:

Post a Comment