Tuesday 24 June 2014

PENUBUHAN KELAB PENYOKONG BN SABAH DAN KERAJAAN SEMAKIN DEKAT DIHATI RAKYAT JELATA.....JEFFRY



Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN
FOTO SAFFIE  S JUMADI

 
SANDAKAN:- Tidak  ada lagi benda yang mahu disembunyikan mahu  diperlekehkan dan mahu di boikot kerana semuanya sudah jelas dan terang lagi bersuluh penubuhan Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSK) yang merupakan badan NGO  dan berpaksikan perjuangan dan condong kepada menjaga sosial  kebajikan termasuk sosio ekonomi  ahli-ahli Barisan Nasional (BN) semakin mendapat tempat  dihati rakyat.

 MESYUARAT.....Jeffry menjelaskan sesuatu kepada ahli-ahlinya pada sesi mesyuarat tergempar.

Perjuangan Kelab NGO ini berkonsepkan hala tuju kepada kebajikan sosial dan ekonomi bukan mahu berasaing dengan mana-mana para pemimpin politik khususnya dalam Barisan Nasional.

Tidak dinafikan ramai juga di kalangan ahli-ahli BN khususnya daripada UMNO yang beranggapan nagatif mengenai hala tuju dan matlamat perjuangan Kelab NGO ini tetapi syukur Al hamdulillah  bila mana penjelasan  demi penjelasan dihuraikan maka ahli-ahli BN khususnya UMNO begitu faham tentang maksud perjuangan sebenarnya Kelab ini dan  sedikit demi sedikit dapat di terima oleh ahli-ahli BN.



 HADIRIN....AJK Kelab NGO yang hadir pada sesi mesyuarat tersebut.

“Saya sebagai Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan kerajaan tidak menjanjikan sesuatu terhadap mana-mana individu yang terdiri daripada ahli-ahi BN kalau hendak menyertai Kelab ini  untuk mendapat sesuatu  benda seperti mana yang diwar-warkan oleh sesetengah golongan yang kurang senang terhadap penubuhan kelab ini

Kelab ini hanya merancang pelbagai aktiviti melalui badan-badan biro yang telah dilantik  untuk melaksanakan satu-satu aktiviti yang berpaksikan kebajikan sebagai contoh kita telah melantik beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kelab ini sebagai  Pengerusi Biro Kebudayaan Biro Ekonomi Biro Kabajikan, Biro Sukan, Biro Pendidikan dan Biro Keahlian.


Mereka yang telah dilantik melalui Mesyuarat khas Kelab ini petang tadi akan memikul tanggugjawab yang berat yang perlu dilaksanakan komitmen yang begitu komited saya tidak mahu hanya menjawat-jawatan tetapi tidak boleh berbuat sesuatu untuk memajukan kelab ini.

Kata Jeffry lagi segala penjelasan yang terperinci oleh Pengerusi KPBNSDK Parlimen Libaran Mustafah Mohd Hassan cukup memberangsangkan cukup jelas dan cukup detail mengenai peranan dan fungsi-fungsi perjalanan, pentadbiran dan perjuangan serta konsep kelab ini.

Jefrry menambah Kelab ini juga ditubuhkan bukan menjurus kepada politik namun sebenarnya kepada kebajikan (Welfare) rakyat untuk membantu menjana ekonomi kepada masyarakat setempat melalui program-program yang dijalankan.

“Saya percaya dan penuh keyakinan dengan adanya barisan hadapan dan gandingan mantap  beberapa orang yang berpengalaman luas  dalam satu-satu bidang antaranya Mustaffah Mohd Hassan  merupakan seorang aktivis masyarakat yang jitu, Saimon S Jumadi bukan saja berpengalaman luas dalam bidang kerjaya sebagai seorang wartawan selama 35 tahun bahkan berpengalaman luas dalam aspek  pentadbiran, Rozzalin Mohd Hashim juga tidak kurang hebatnya mahir dalam kerjaya kewartawanan mahalan mahir dalam bidang penggambaran dan penerbitan filem-filem tidak juga ketingglan Hajah Rauyah Barulasik yang memegang jawatan sebagai Pengerusi KPBNSDK daerah Sandakan yang bekerja keras dan berperanan mengembangkan keahlian” ujarnya

“Saya bagi pihak Kelab NGO ini mengucapkan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman kerana sudi menerima kunjungan kehormat  ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan daerah Sandakan minggu lalu dikediaman rasminya di Seri Libaran  yang diketuai oleh Hajah Rauyah Barulasik” ujarnya.
  
Mesyuarat  tergempar  bersama  para AJK yang diadakan dibilik gerakan pejabat Kelab ini  bermula dari jam 2.00 pm hingga jam 6.00 petang dipengerusikan sendiri oleh Presiden Kelab ini Datuk Mohd Jeffry Rosman.

Turut hadir sama  ialah Timbalan  Presiden  Datuk Hardi Arsa @Samsi  Pengerusi Kelab NGO Daerah Sandakan Hajah Rauyah Barulasik dan Pengerusi Kelab NGO Parlimen Libaran Mistaffah Mohd Hassan







No comments:

Post a Comment