Friday 6 June 2014

KEHILANGAN PESAWAT MH 370 PELIK DAN MISTERI....AZIZ KAPRAWI



Written by Admin
Friday  June 06.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO Datuk  Abdul Aziz Kaprawi rasa puas hati mengenai penerangan yang agak terperinci melalui sesi taklimat yang di sampaikan oleh Setiausaha Bahagian UMNO Sandakan Hj Hamdan Dikong berhubung dengan perjalanan dan pentadbiran UMNO Sandakan selepas pemilihan semula AJK Bahagian  UMNO Sandakan tahun lalu.

Katanya penyusunan semula barisan ahli jawatankuasa bahagian itu yang membarisi muka-muka  baru UMNO Sandakan semakin mantap ini jelas bila mana Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan diketuai oleh Fakarudin Tan Sri Ampong dan Noraini Sulong yang tidak kenal erti penat dan letih bagi meneruskan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sebagai menyahut  seruan pucuk pimpinan UMNO Bahagian dan UMNO  Pusat.

“Saya amat berpuas hati terhadap pentadbiran UMNO Bahagian Sandakan di mana sokongan padu daripada sayap-sayap UMNO seperti Pemuda, Wanita dan Puteri begitu ketara sekali inilah yang dimahukan oleh presiden UMNO.

Dalam konteks ini saya tidak menafikan mengenai perbalahan yang berlaku di mana-mana bahagian UMNO bukan saja UMNO Sandakan telah menghadapi krisis dalaman bahkan dilain-lain UMNO juga menghadapi masalah yang sama” ujarnya.

Namun demikian kata Aziz ahli-ahli UMNO Sandakan yang telah tewas pada pemilihan bahagian yang lalu kena menerima hakikat  atas kekalahan tersebut yang menang teruskan perjuangan dan yang kalah jangan kecewa jangan memberontak jadikan kekalahan itu sebagai satu titik panduan dan perbaiki kepimpinan diri kita dulu.

“Yang kalah tadi jangan menyepi diri kita kena kembali kejalan asal lagipun bertandingan untuk merebut satu-satu jawatan ia diadakan didalam UMNO pertandingan system kekeluargaan dalam UMNO kalah menang itu biasalah memang adat pertandingan pastinya ada yang menang ada yang tewas” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan di hadapan 200 ahli-ahli UMNO Bahagian yang melibatkan AJK Bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri pada Majlis Taklimat Bahagian-bahagian Angkat UMNO Sandakan yang diadakan  Dewan Serbaguna Perpustakaan Daerah Sandakan petang kelmarin.

“Saya menyeru kepada semua ahli-ahli UMNO Sandakan  yang segelintir sudah menyimpang jauh agar bersatu semula sokonglah Ketua Bahagian yang menang atas mandate ahli-ahli UMNO bukan terus dimusuhi, dengan adanya jalinan mesra perpaduan yang intim maka UMNO Sandakan akan bertambah kuat untuk menghadapi musuh-musuh politik” tambahnya.

Beliau  yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia bila ditanya mengenai kehilangan pesawat MH 370 yang sehingga kini masih belum ditemui beliau menjawab ringkas saja kehilangan pesawat tersebut memang pelik dan menjadi misteri.

Menurut sumber-sumber tidak rasmi kononnya sebelum bulan Ramadan ini anak-anak kapal termasuk para penumpang akan dibebaskan namum beliau enggan menjawab pertanyaan tersebut ini hanya khabar-khabar angin yang disebarkan dilaman-laman sosial FB.







No comments:

Post a Comment