Thursday 5 June 2014

SOKONGAN PADU PEMUDA,WANITA DAN PUTERI TUNJANG KEKUATAN UMNO BAHAGIAN.....AMPONG



Written by Admin
Thursday June 05.2014


OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD
FOTO: SHAIMON S JUMADI


 







 SARANAN.....Ampong menyarankan  pentingnya perpaduan dalam UMNO

SANDAKAN:- Pentingnya perpaduan dalam UMNO demi memantapkan  perjuangan UMNO dan  sokongan padu daripada sayap-sayap UMNO seperti Pemuda, Wanita dan Puteri adalah tunjang kekuatan kepada UMNO diperingkat Bahagian.

Bila ketiga-tiga sayap ini seperti yang saya nyatakan seperti Pumuda, Wanita dan Puteri bersatu saling bekerja sama  antara satu sama lain barulah  kedudukan bahagian bertambah kuat dan pihak-pihak tertentu agak sukar untuk menggugat perjuangan UMNO.
  
Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon berkata demikian ketika berucap dimajlis Taklimat UMNO Bahagian Sandakan yang diadakan di Dewan Serbaguna Perpustakan Daerah Sandakan petang tadi.

Ampong berkata dalam UMNO bukan saja di Bahagian Sandakan memang sukar untuk dinafikan di mana-mana saja bahagian memang terdapat sedikit bergeseran sehingga membawa perpecahan dan wujudnya berpuak-puak ini memang suka delakan tetapi bergeseran tersebut hanya buat seketika waktu saja .

“Bila mereka memikirkan perjuangan UMNO demi bangsa, demi Agama dan demi negara dan satu agenda, satu matlamat, satu perjuangan dan satu presiden akhirnya kita dapat bersatu semula”

Ampong  menambah pihak lawan memang suka kalau UMNO mempunyai masalah mereka suka UMNO berpecahbelah agar mereka senang mempengaruhi ahli-ahli yang sudah hilang hala tuju tetapi kalau kita terus bersatu padu untuk sama-sama menegakkan perjuangan UMNO maka UMNO terus kuat dengan mudah menumpaskan pihak lawan.

TURUT HADIR......Kelihatan Noraini Sulong hadir sama pada sesi Taklimat tersebut

“Saya dengan tulus ikhlas menasihatkan  kepada ahli-ahi UMNO Sandakan yang sudah menyimpang jauh daripada landasan perjuangan UMNO marilah tampil kedepan untuk sama-sama kita menggembling tenaga untuk mengukuhkan  kedudukan Bahagian UMNO supaya UMNO bertambah kuat untuk menentang anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan UMNO Sandakan” ujar Ampong.

Turut hadir pada majlis taklimat tersebut ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Aziz Kaprawi  yang merupakan bapa angkat UMNO Sandakan, Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong, Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong dan Ketua Puteri Bahagian UMNO Sandakan Siti Haibah Majid.

 
Ketua Wanita UMNO Sandakan Noraini Sulong yang sempat ditemuramah oleh Wartawan Free Sandakan Today menyifatkan taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Hj Hamdan Hj Dikong mengenai peranan dan fungsi UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang berkaitan dengan gerak kerja masing-masing dengan pendedahan tersebut ia merupakan satu informasi dan suntikan semangat  kepada ahli-ahli UMNO bukan saja diperingkat Bahagian, cawangan bahkan hingga keakar umbi.





No comments:

Post a Comment