Sunday 8 June 2014

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU 60 AN ANJURAN BIRO PEMADAM DAPAT SAMBUTAN



Written by Admin
Sunday June 08. 2014

OLEH: AZMI AZMAN
FOTO SUKRYANNA S JUMADI


SANDAKAN:- Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAN  Sandakan di bawah naungan PEMADAM Daerah Sandakan memang sentiasa bekerja sama dan berkaitan rapat dengan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) dalam membantu membanteras penyalahguna najis dadah.
  
LAGI KISAH DAN TAULADAN..... Kelihatan Band Leader Band Melody Group Saimon S Jumadi (FST)  mengiringi persembahan lagu yang dinyanyikan oleh peserta

Di negara ini khususnya di daerah Sandakan aktiviti pengambilan dadah di kalangan remaja dan dewasa tidak dinafikan tugas dan peranaan PEMADAM Sandakan adalah untuk  sama-sama membantu pihak kerajaan untuk membasmikan penyalahanguna dadah yang kian membimbangkan.


Pengerusi Biro Hal Ehwal  Wanita PEMADAM Sandakan Noraini Sulong berkata demikian semasa berucap di majlis Santai-Santai yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan petang kelmarin.
 
Sebagai pengisian program tersebut ialah persembahan nyanyian dan pertandingan lagu-lagu Pop 60 an band pengiring dari awal hingga akhir ialah Band Melody Group yang tidak asing lagi  di bawah pimpinan Shaimon S Jumadi.

Seramai 13 orang peserta yang menyertai pertandingan tersebut keperingkat akhir semuanya telah menampilkan persembahan yang terbaik.

Noraini juga merasa bangga kerana peserta pertandingan nyanyian lagu-lagu 60 an ini 40 peratus terdiri daripada golongan muda antara umur di bawah 20 tahun hingga 25 tahun yang begitu amat meminati menyanyikan lagu-lagu nostalgia.


Sementara ahli muzik yang merupakan pemain key board kumpulan Atomatic Power Achok menyifatkan band pengiring pertandingan tersebut iaitu band Melody di bawah pimpinan SS Jumadi yang membarisi anggota veteran  dan muda telah mempunyai potensi dalam mempersembahkan lagu-lagu tidak kira lagu Pop, Baladam Rock Heavy Metal, Pop Komersial Dandut dan sebagainya dengan baik.



Disenaraikan tenaga kerja dan anggota band Melody Group di bawah tajaan SSJ Melody Musik Show Promoter ialah mereka terdiri.

Pengerus  Garcia  Jamal Samad
Band Leader Saimon S Jumadi (Lead Guitarist Pop)
Jamil Lead Guitarist Rock Heavy Metal (Balada)
Saffie S Jumadi Drummer, Awie Bass Guitarist, Rudy Awang Karim, dan Sofoya Vocalist.

No comments:

Post a Comment