Saturday, 28 June 2014

Ibu remaja OKU dihadapkan ke mahkamah

By Admin
Ibu kepada remaja OKU yang diabaikan dihadapkan ke mahkamah di bawah dua pertuduhan
Lolanopita charged in court 02 

 BAGUS LAGI ANJING PANDAI PENYAYANGI ANAK-ANAKNYA BERBANDING IBU INI.





SEREMBAN: Lolanopita Sadi, 40, ibu kepada remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan kurus kering di dalam sebuah bilik rumah yang dipenuhi najis, Sabtu lepas, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pagi ini.
Ibu mangsa dituduh di bawah dua pertuduhan iaitu Seksyen 31(1) (a) dan Seksyen 33(c), Akta Kanak-Kanak 2001.
Di bawah pertuduhan pertama, denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Walaubagaimanapun Lolanopita tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama, Lolanopita dengan sengaja telah mengabaikan Muhammad Firdaus dengan cara yang mungkin menyebabkannya, mengalami kecederaan fizikal atau emosi.
Mengikut pertuduhan kedua pula, Lolanopita dengan sengaja membiarkan Muhammad Firdaus, tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.
Untuk pertuduhan kedua, denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Hakim Datuk Jagjit Singh, menetapkan 24 Julai 2014 untuk sebutan semula.
Beliau membenarkan Lolanopita diikat jamin dengan jumlah RM7,000 untuk kedua-dua pertuduhan tersebut dengan seorang penjamin.
Pendakwaraya untuk kes ini adalah Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. Sementara peguambela Lolanopita adalah Hanif Hassan.
Muhammad Firdaus yang menghidapi penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui pegawai Jabatan Imigresen Negeri Sembilan secara kebetulan ketika operasi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dijalankan di kawasan perumahan Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan badannya mempunyai kesan najis dan air kencing sendiri serta pakaiannya sudah koyak dan reput.

No comments:

Post a Comment