Sunday 8 June 2014

30 KANAK-KANAK MENYERTAI MAJIS BERKHATAN ANJURAN BIRO HAL EHWAL WANITA PEMADAM



Written by Admin
Sunday June 08. 2014

TEKS DAN FOTO
SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Seramai 30 kanak-kanak di bawah umur lingkungan 9 hingga 12 tahun telah menyertai majlis berkhatan beramai-ramai yang diadakan di perkarangan Majis Janatun Naim Sri Taman kelmarin.

Program yang diadakan awal pagi itu anjuran Pergerakan Wanita UMNO Sandakan dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulang berkata tujuan mengadakan program majlis berkhatan beramai-ramai ini adalah  sebahagian aktiviti yang merupakan amal jariah disamping membantu kepada ibubapa yang kurang berkemampuan.
  

Ketua USIA  Bahagian Sandakan Datuk Hj Alipudin KK Puyon telah menyempurkan program tersebut.

Dalam ucapannya beliau memuji peranan dan usaha murni pihak Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan yang dipimpin oleh Noraini Sulong kerana sejak kebelakangan ini Biro PEMADAM  banyak membuat aktiviti-aktiviti yang berbentuk amal jariah ini juga merupakan satu amal ibadah bukan saja kepada masyarakat namum juga kepada Allah.

No comments:

Post a Comment