Monday, 7 July 2014

ORANG RAMAI KENA BERWASPADA ADA INDIVIDU MENYAMAR AGENT ASTRO UNTUK PUNGUT BIL-BIL

Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Para pengguna Astro di selruruh negara mahupun Sabah kena berhati-hati kerana dalam beberapa hari ini  terdapat beberapa pihak mendakwa mereka adalah wakil kepada ASTRO untuk mengutip bil-bil yang tertunggak mereka telah menghubungi para pelanggan  menggunakan nombor talian H/P  0340479270.

Ramai bekas pelanggan ASTRO yang tidak lagi menjadi pelanggan ASTRO sejak beberapa tahun lalu tetapi Bil bulanan ASTRO masih berjalan dan jumlah semakin  meningkat.

“Saya sudah tidak lagi melanggan ASTRO sejak tahun 2011 lagi semasa saya jelaskan bil akhir saya telah memberitahu supaya pihak ASTRO memotong serta merta saya tidak mahu menjadi pelanggan ASTRO” kata seorang mangsa keadaan yang hanya dikenali Mat Saman.

Kata Mat adalah dikhuatiri mereka yang mendakwa dirinya adalah wakil ASTRO mahu mencari kesempatan dimusim-musim menjelangnya hari lebaran yang semakin hampir.


Gara-gara perbuatan beberapa individu yang mendakwa kononnya wakil ASTRO untuk menuntut hutang kepada  mana-mana bekas pelanggan sedikit sebanyak mencemarkan nama ASTRO yang didakwa menipu pelanggan seluruh negara.


“Saya akan melantik peguam saya untuk mendakwa ASTRO sekiranya masih adalah orang-orang tertentu terus membuat ugutan yang tidak munasabah” kata Mat lagi.

No comments:

Post a Comment