Written by Admin
OLEH: KAMARUL ZAMAN
KUALA LUMPUR:- Sindiket pemberian anugerah pengurniaan
darjah kebesaran bintang-bintang Kesultanan Sulu terbongkar kita tidak
tahu perkara ini telah disedari atau
tidak disedari oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam negeri (KDN)



Perkara ini dilihat merupakan suatu yang pelik kerana
ia menggambarkan seolah-olah Kerajaan Malaysia mengiktiraf Kesultanan Sulu dan
North Borneo kerana membenarkan majlis penganugerahan darjah kebesaran
dilangsungkan di negara ini. Apakah
Kerajaan Malaysia sedar bahawa majlis ini telah dan akan berlangsung beberapa
kali di negara ini?
Selain dari itu, YBKMM telah menerima sumbangan
beribu-ribu ringgit daripada individu-individu yang akan menerima darjah
kebesaran daripada Sultan Sulu dan North Borneo. Sumbangan yang diberikan adalah bergantung
kepada tingginya darjah kebesaran yang akan diterima kelak.YBKMM mempunyai
kaitan dengan Kor Relawan Setia Negara (Pasukan Tindakan Cemas Malaysia) yang
mempunyai objektif untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan tidak bernasib
baik dalam semua aspek.

Oleh kerana penganjuran majlis ini merupakan suatu
perkara yang sensitif yang akan melibatkan hubungan dua hala, maka Kerajaan
perlu berbuat sesuatu supaya kita tidak dilihat berpihak kepada pihak-pihak
tertentu.
“Kita hendak tahu adakah pemberian dan majlis
penganugeraan ini diluluskan oleh pihak kerajaan Malaysia dan dirujuk kepada majlis-majlis
raja-raja di Negara ini
Jika perkara
ini memang telah menjadi satu kesalahan kerana majlis penganugeraan tersebut
telah membelakangi majlis-majlis kesulatanan sitem raja-raja di
Malaysia apa kah langkah-langkah pihak kerajaan khususnya pihak
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap fenomena ini kenapa mereka tidak diambil tindakan undang-undang
ini jelas mereka telah mengkhianati kedaulatan system perundangan majlis
kesultanan raja-raja di Negara ini kerena jelas membelakangi Yang Dipetuan
Agung dan lain-lain sultan yang ada di Sembilan negeri.’” Kata sumber itu lagi.
Berita berikutnya dihuraikan beberapa keeping gambar dan resit pembayaran
kos mendapat pingat-pingat kebedaran daripada Kesultanan Sulu. Gambar-
Gambar-Gambar mereka yang menerima darjah kebesaran dari Sultan Sulu dan North
Borneo pada 28hb Ogos 2008.
Gambar- Resit sementara yang dikeluarkan oleh YKBMM kepada
individu yang memberi sumbangan bagi menerima darjah kebesaran pada majlis yang
akan datang.
PERINGATAN: Free Sandakan Today.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.