Wednesday, 9 July 2014

PRESIDEN KELAB NGO KPBNSDK SOKONG TINDAKAN PEMUDA UPKO BUAT LAPORAN POLIS

Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG

TUARAN:- Sebagai salah satu daripada sumbangan UPKO untuk menjaga ketenteraman awam dan mempertahankan keharmonian kaum di negara kita, maka Pergerakan Pemuda dan KOMULAKAN UPKO Bahagian Tuaran telah mengambil langkah untuk membuat lapuran Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran kelmarin.
Pergerakan Pemuda dan Komulakan UPKO konsisten dalam hal mempertahankan keharmonian hubungan kaum dinegara ini.
Sebagai contoh kedua dua Pergerakan ini juga telah mengambil tindakan yang sama apabila posting sedemikian rupa di facebook dibuat berkali kali oleh orang yang tidak dikenali mengenai nama baik Jesus Kristus dan umat Kristian pada keseluruhanya pada suatu ketika dahulu.

Pihak Polis telah mengambil tindakan positif terhadap lapuran ini setelah saya menyusuli dengan soalaan di Dewan Rakyat sehingga saya sendiri diberi oenjelasan oleh Pasukan Keselematan di Bukit Aman.
Selanjutnya saya selaku Pemangku Presiden UPKO saya juga meminta supaya Biro Agama dan Keharmonian Kaum UPKO Pusat memantau perkara ini dan mencadngkan tindakan susulan yang bersesuaian.
Top of Form




Sementara Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSDK) Datuk Mohd Jeffry Rosman (Gambar) turut menyokong dan memuji tindakan Pemuda UPKO sebagai rakan dalam komponen BN yang bertindak melaporkan kepada pihak Polis tentang perkara-perkara songsang yang telah dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertangungjawab  yang suka  menimbulkan pecahbelahkan perpaduan kaum. 


Kata Jeffry ia memang wajar pihak kerajaan mengambil sebarang tindakan khususnya   terhadap,perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan dan boleh mencetuskan huru hara seperti yang sering dilakukan oleh oleh PERKASA (Ibrahim Ali) menghina agama Kristian, Divid Orok dan Desmond Yongor menghina Islam.


“Saya minta Parti Bersatu Sabah (PBS) dan PBRS agar dapat ikut jejak UPKO membuat laporan polis ini demi kebaikan bersama kita orang Sabah harus bersatu antara satu sama lain  jangan ada timbul rasa benci membenci antara satu sama lain” kata Jeffry kepada Free Sandakan Today.Net sebentar tadi ketika diminta mengulas tindakan UPKO.


“Sebenarnya di Sabah soal pergaulan tiada masalah walaupun  kita mempunyai pelbagai kaum dan 32 keturunan hidup dalam suasana aman kita di Sabah  sentiasa  menjaga adat resam budaya dan agama masing-masing cuma ada segelintir manusia yang suka kita berpecahbelah” tegasnya.


 “Satu lagi saya ingatkan saudara Desmond Yongkor yang merupakan salah satu Pegawai di Jabatan Penjara Kota Kinabalu dan sebagai pegawai kerajaan yang sudah membaca Aku Janji kenapa tergamak mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan dasar kerajaan “Mahu Hapuskan UMNO, Melayu dan Islam.


Di sini Desmond jelas memang anti Islam tahu kah kamu rakan-rakan sejawat dan rakan-rakan kamu setugas ramai yang bergama Islam yang berbilang bangsa apa perasaan kawan-kawan setugas kamu bila mereka terbaca apa yang kamu tulis di FBmu mengeluarkan sentiment sedemikian sudah tentu pegawai atasan kamu juga turut tersinggung.” Kata Jeffry panjang lebar.

“Saya sendiripun ada  keturunan darah  dusun nenek dan bapa saya keturunan Dusun  sebelum saya dilahirkan  nenek moyang saya sudah awal-awal memeluk Islam, betul juga apa yang diperkatakan oleh Wartawan Kanan Free Sandakan Today.Net Saimon S Jumadi David Orok dan Desmond Yongkor mahu menghapuskan Islam dan hina Islam seperti kamu mahu menghampuskan etnik kaum Dusun Kadazan dan Murut yang beragama Islam” ujarnya.

No comments:

Post a Comment