Wednesday 16 July 2014

DAYA PEMIKIRAN ORANG SEMANANJUNG BANGSA MELAYU MENYERTAI DAP DICAP TELAH MURTAD....DAKWA SYEFURA

Written by Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN

NEGERI SEMBILAN:- - Segelintir  orang-orang Melayu di Semenanjung kalau seseorang bangsa Melayu menyertai Parti DAP mereka telah dicap bukan saja murtad bahkan tidak lagi mendaulatkan raja-raja Melayu  yang ada di negara ini.
Sebab Parti DAP adalah sebuah parti komonis di negara ini yang tidak mengikut prinsip-prinsip rukun negara  kalau ia benar DAP parti komonis kenapa pula pihak Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memberikan kelulusan parti ini bertapak sekian lama di Malaysia kenapa DAP berjaya membentuk kerajaan  Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tolong minta penjelasan.

 “Saya nak bertanya sudah berapa ramai orang Melayu di negara ini yang menyertai parti DAP telah murtad  termsuk mantan Naib Pengerusi DAP Malaysia Ungku Aziz adakah beliau masih  lagi Islam atau sebaliknya” kata seorang”
Jelas seorang gadis Melayu iaitu Syefura Othman, 25, gadis Melayu terbaru yang menyertai parti DAP, membidas kritikan pihak luar dan berkata beliau tidak akan murtad hanya kerana telah menyertai DAP.
“Saya tengok ada orang kata bila saya sertai DAP seolah-olah saya dah lupa asal usul, bangsa dan agama saya.
“Saya tak kan murtad hanya kerana saya jadi ahli DAP. Saya tetap Melayu dan tetap menjunjung Islam.
“Malah ketika ini saya sedang membaca buku Hikayat Merong Mahawangsa.
“Mereka yang melatah bila tengok orang Melayu masuk DAP ini adalah orang yang takut pada bayang-bayang sendiri.
“Saya memilih DAP kerana ia lebih terbuka dan lebih memberi ruang kepada bakat politik anak muda terutamanya golongan wanita,” kata Syefura 
Syefura yang menampilkan imej muslimah memberikan jawapan positif apabila ditanya FMT samaada lebih ramai anak muda Melayu terutama anak gadis yang mahu menyertai DAP selepas melihat langkah Syefura.
Ya, saya akan membawa lebih ramai sahabat perempuan saya masuk DAP. Sebab sejak saya menjadi ahli ada sahabat-sahabat perempuan saya sudah mula bertanya tentang penglibatan saya serta tentang parti itu sendiri.
Saya percaya apabila lebih ramai orang Melayu menyertai DAP, maka pengkritik di luar sana tak boleh melabelkan DAP sebagai parti rasis atau parti Cina,” Syefura berkata demikian di majlis Iftar DAP cawangan Seremban bersama kepimpinan PAS dan PKR setempat serta media.
DAYANG ZUBAIDAH....Pengerusi DAP Cawangan Kmpung Sim-Sim



Kata Syefura lagi saya sering mengikuti perkembangan parti DAP di Sabah khususnya di Sandakan melalui portal Online Free Sandakan Today.net (FST)  bahawa parti DAP pimpinan Stephen Wong yang juga merupakan Ahli Parlimen Sandakan ramai orang-orang bumiputera Islam dan bukan Islam menyertai parti DAP.




JAIDIN Ag Damit..Pengerusi DAP cawanan Kampung Sim-Sim Laut 



“Kalau tidak silap saya menurut laporan FST DAP kini sudah mempunyai empat buah cawangan  yang diketuai oleh bangsa Melayu (Bumiputera) ini menunjukkan orang Sabah minda mereka sudah terbuka luas mereka tahu DAP adalah merupakan sebuah parti multi racial  berbanding segelintir orang-orang Melayu di Semenanjung  masih  lagi ditahap daya  pemikiran  sempit dan racist” tegas Syefura.
Tambahnya lagi golongan muda baik Cina,India dan Melayu antara umur 21 hingga 30 an  kini mereka lebih  berminat dan begitu cebderong menyertai parti DAP,PKR dan PAS sebab mereka mahu pembaharuan dalam arus pentadbiran kerajaan baru nanti pada PRU 14 nanti. 

PENGERUSI DAP....Bashit Hj NC Othman Pengerusi DAP Cawangan Kampung Melayu Bumiputera Berhala Darat

“Kenapa saya memilih DAP kerana ia lebih terbuka dan  lebih memberi ruang kepada bakat politik anak-anak muda lelaki dan wanita yang mempunyai pelajaran akademik  tinggi berbanding dengan BN kebanyakannya orang-orang tua dah nyanyok menjadi pemimpin cakappun suka melalok”tegasnya.
Turut hadir adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook (DAP), Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat Aminuddin Harun dan ADUN Nilai J Arulkumar.



No comments:

Post a Comment