Saturday, 19 July 2014

SELURUH RAKYAT MALAYSIA MERASA SEDIH TERHADAP TRAGEDI MH17 ..KATA TOE (DAP)

Written by Admin


OLEH: KAMARUL ZAMAN

NEGERI SEMBILAN:-  Insiden yang menimpa kepada pesawat MH17 telah dirasai oleh seluruh rakyat bukan saj di Malaysia bahkan diseluruh rakyat negara luar bila mana mereka telah kehilangan keluarga yang tersayang
Begitu juga apa yang telah dirasai  rakyat di negara ini baik mereka penyokong kerajaan mahupun pebangkang sama-ama bersimpati terhadap tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17 yang tertembak itu.
Dalam pada itu Pemuda DAP Malaysia melahirkan rasa terkejut dan simpati kepada seluruh keluarga mangsa pesawat malang Malaysia Airlines MH17 yang telah terhempas di timur Ukraine pada lewat malam tadi.
Ketuanya, Teo Kok Seong berkata ratusan nyawa telah hilang dengan cara yang amat tragis sekali.
“Kami dapat memahami kesedihan kaum keluarga mangsa khususnya yang sedang bersiap untuk menyambut Syawal 10 hari lagi.
“Tragedi ini bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia yang baru sahaja berhadapan dengan tragedi MH370, tetapi juga mengejutkan masyarakat antarabangsa dimana kemalangan ini telah dikaitkan dengan tindakan keganasan oleh pihak pemisah di kawasan bergolak antara Ukraine dan pemberontak yang disokong oleh Rusia.
“Justeru itu, kami akan bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam waktu suram ini.

“Kami menggesa kerajaan untuk segera menggunakan saluran dan hubungan diplomatik dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk memulakan siasatan yang menyeluruh berkaitan kes ini.
“Jika benar kemalangan ini berpunca akibat tembakan misil oleh mana-mana pihak, kita mahu mereka diheret ke muka pengadilan dan dihukum dengan setimpal,” kata Teo.
Teo yang merupakan Ahli Parlimen Rasah menambah, Pemuda DAP Malaysia berharap pihak berkuasa dan juga MAS dapat menyalurkan maklumat yang jelas dan tepat serta dapat menguruskan jasad mangsa-mangsa untuk dikembalikan ke negara asal masing-masing dengan proses yang teratur.
“Kami mendoakan yang terbaik kepada semua, samada kepada petugas dan juga keluarga mangsa agar dapat tabah menghadapi situasi getir ini,” katanya.
“Kita dapat merasai dan memahami kesedihan kaum keluarga mangsa khsusnya yang seang bersiap sedia menyambut  Syawal hanya tinggal beberapa hari saja lagi” ujar Teo


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat amin

      Delete

  2. PERINGATAN: Free Sandakan Today.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    ReplyDelete