Monday, 14 July 2014

KENAPA DIZAMAN TUNGKU ABDUL RAMAH,TUN RAZAK,TUN HUSSIN ONN, TUN DR MAHATHIR DAN TUN PAK LAH ISU GUNA KALIMAH ALLAH BAGI AGAMA KRISTIAN TIDAK TIMBUL

Written by Admin

OLEH: Wan Salmah Wan Dzulkiflie

KUALA LUMPUR:- Penggunaan Kalimah Allah bukan perkara baru sebelum Malaysia merdekapun sebutan Allah memang sudah diguna pakai khususnya di Indonesia, Sabah dan Sarawak termasuk di semenanjung sendiri di zaman Tungku Abdul RahmanPutra Alhaj, zaman Tun Razak, zaman Tun Hussien Onn. zaman Tun Mahathir dan zaman Tun Abdulah Ahmad Badawi  isu guna kalimah Allah tidak timbul sama sekali tidak menjadi kontravrsi.

Orang Arab kristianpun di negara Arab menyebut tuhan Allah begitu juga  Paderi di Indonesia berbangsa Timur, Ambun, Tator, Manado, dan Batak guna kalimah Allah sampai sekarang isu ini tidak  timbul menggunakan sebut Allah hanya sejak akhir-akhir di Malaysia terlalu ramai NGO Islam yang songsang inilah jadinya.

MINDA TERBUKA....Contoh NGO (SIS)  minda terbuka jangan ikut macam PERKASA ISMA  dan NGO-NGO Islam lainnya Racist buat lain-lain bangsa dan agama dinegara ini semakin murkah



Di Sabah dan Sarawak guna nama Allah tidak dipertikaikan ramai masyarakat Islam di Sabah dan Sarawak tidak pernah mempertikaikan soal penggunaan Allah di gereja- gereja kerana sudah sebati.

Sejak wujudnya PERKASA pimpinan Ibrahim Ali dan Isma mulai kecoh mengarahkan agama Kristian tidak boleh buat itu buat ini siapa mereka  apa hak mereka  memandai mandai mengarahkan agama-agama lain sehingga PERKASA tergamak mambakar bible dan patung paderi gereja menyuruh ahli-ahlinya membakar semua gereja yang ada di seluruh Malaysia bukan kah  kerja bodoh lantas tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa main biar saja.
  
Namun begitu nampaknya penganut Kristian tidak bersendirian dalam perjuangan mereka untuk menggunakan kalimah Allah di Malaysia, kerana kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam turut mendidik masyarakat perkataan itu muncul sebelum kedatangan agama

Pertubuhan NGO Islam seperti Sisters in Islam (SIS) dan Islamic Renaissance Front (IRF) menggunakan media sosial mendidik masyarakat berkenaan isu tersebut, membawakan pandangan yang berbeza daripada pendapat sebagai ancaman dan hak eksklusif seperti diperjuangkan Perkasa dan Isma.

"Benar, Islam boleh suarakan sokongan mereka (untuk penganut Kristian), dan melakukannya - hanya melalui laman media sosial. Banyak suara yang tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan," kata Pengarah Program

"SIS juga menggunakan media sosial sebagai platform perbincangan, penting untuk rakyat faham isu ini dan
Melalui laman Facebooknya, SIS berkongsi artikel dan memetik kenyataan bercanggah dengan pandangan sempit yang mana majoriti masyarakat Islam Malaysia berpendapat sedemikian.
Salah satu kenyataan yang dikongsikan adalah daripada peguam pejuang hak asasi manusia Tunisia, Alya Chammari, yang merupakan seorang Islam, berkata:"Agama tidak seharusnya digunakan oleh mana-mana parti politik. Tiada pihak yang berhak menampilkan diri mereka sebagai jurucakap Tuhan."

Namun, ketua IRF Dr Ahmad Farouk Musa berkata kepada Free Sandakan Today Net usaha mereka menyokong hak gereja menggunakan perkataan itu adalah rintangan sukar kerana kebanyakan masyarakat Malaysia diajar sejak kecil hanya satu melambangkan Islam, tanpa usaha melibatkan diri dalam

"Masalahnya, ideanya mudah. Orang Melayu mereka tidak mahu fikir banyak. Mereka mahu jawapan mudah: halal atau haram," kata Farouk.

"Mereka sangat ortodok dan konvensional dalam usaha memahami Islam, mereka tidak memahami haluan abad ke-21,” katanya.

Beliau berkata, IRF, SIS dan Pertubuhan Ikram Malaysia mengadakan forum, namun menyedari mereka mempunyai akses yang terhad, dan impaknya hanya dirasai kawasan

"Cabarannya untuk mendidik jumlah yang ramai. Namun semakin sukar kerana kebanyakan bahan berbahasa Inggeris.
"Dan kita mempunyai kerajaan yang melarang beberapa penerbitan Inggeris diterjemahkan ke bahasa Melayu. Mereka cuba mengawal kebebasan maklumat terhadap orang Melayu dan mewujudkan masyarakat yang hanya berpegang kepada kefahaman mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut dimaklumkan, idea IRF kadangkala terlalu canggih dan orang ramai sukar memahaminya.

"Perjalanannya masih panjang dan saya tidak tahu sama ada masih hidup untuk menyaksikan perubahan orang Melayu," katanya.

NGO Islam itu menyahut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mencadangkan Islam moderat dan golongan intelektual membantu perjuangan gereja menggunakan kalimah Allah.

"Majoriti Islam akan bersetuju tindakan itu menurunkan martabat Islam dengan menjadikan Allah sebagai nama peribadi Tuhan Islam," kata Heiner Bielefeldt kepada Free Sandakan Today. Net  di ibu pejabatnya di KL kelmarin.

Farouk bagaimanapun berkata, tidak adil hanya meletakkan kesalahan itu kepada masyarakat Islam semata-mata, sebaliknya turut harus dirasai pemimpin politik, yang kebanyakannya enggan menyatakan pendirian dan mengawal

"Intelektual sudah ke depan menyatakan suara diskriminasi terhadap minoriti. Saya rasa lebih khusus seharusnya diberikan perhatian kepada kerajaan hari ini dan kerajaan negeri.

"Tiada usaha atau kuasa daripada pemimpin kita. Mereka adalah orang yang membenarkan amuk," katanya.
  
Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun lalu memutuskan akhbar penerbitan mingguan Herald dilarang menggunakan kalimah Allah.

Terdapat segelintir ilmuan Islam dari dalam dan luar negara 
turut mengkritik larangan tersebut.

1 comment:


  1. PERINGATAN: Free Sandakan Today.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    ReplyDelete