Tuesday, 8 July 2014

RAMAI WARTAWAN MEDIA PORTAL ONLINE TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL SEBARANG LIPUTAN AKTIVITI KERAJAAN ...FAHMI

 0 5 
By Admin
Gesa Putrajaya untuk menarik balik larangan terhadap Malaysiakini dan Malaysian Insider dari membuat liputan demi demokrasi yang lebih baik untuk Malaysia
Fahmi-300x202






PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata larangan terhadap wartawan dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang ingin membuat liputan sidang media Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya perlu ditarik balik.
Larangan terhadap dua media online ini bersifat punitif, anti-demokratik dan langsung tidak membantu membangunkan masyarakat madani yang mana salah satu terasnya adalah kebebasan media.
“Najib Razak harus ingat, di zaman media sosial ini rakyat Malaysia dan juga di seluruh dunia dahagakan kebenaran dan menolak sebarang penipuan serta usaha untuk mengaburi mata rakyat.
“Beliau juga harus ingat, media yang bebas akan membantu memastikan wujud sekatan dan imbangan (checks and balances) dalam sesebuah pentadbiran. Saya menggesa Putrajaya untuk menarik balik larangan ini, demi demokrasi yang lebih baik untuk Malaysia,” kata Fahmi.
Kata Fahmi lagi kebanyakan badan-badan kerajaan  selali tidak membenarkan  Wartawan media portal online membuat liputan mengenai aktiviti-aktiviti mereka.


No comments:

Post a Comment