Monday, 7 July 2014

TENGKU ADNAN LARANG NGO BERSEDEKAH KEPADA ORANG GELANDANGAN DIBULAN RAMADAN

By Admin


Izzah menjemput agar Tengku Adnan bersama-sama dengan Naib Presiden PKR itu pada malam esok dalam sebuah acara yang akan dilaksanakan oleh NGO 'Soup Kitchen'.











PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyatakan bahawa ‘soup kitchen’ perlu berpindah sebelum hari Isnin, ataupun berdepan dengan hukuman denda.
Malah Tengku Adnan turut menyatakan bahawa sebarang NGO dilarang menjalankan aktiviti memberikan makanan kepada orang gelandangan dalam lingkungan 2km dari Lot 10 di Jalan Bukit Bintang..
Jelas Izzah lagi, bukankah bulan Ramadan mengajar kita supaya bersyukur, serta mengingatkan kita terhadap permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang tidak bernasib baik.
“Amalan bersedekah serta memberikan makanan kepada orang yang berpuasa amat digalakkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah Izzah turut menyatakan hadis yang menerangkan kebaikan-kebaikan bersedekah.
“Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a, daripada Nabi SAW sabdanya, sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun ,” (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Izzah turut meminta agar Menteri Wilayah itu membaca laporan Jayanath Appudurai dari Centre for Policy Initiatives untuk memahami dimensi kemiskinan supaya lebih memperlihatkan keprihatinan realiti semasa.
“Laporan tersebut menegaskan pada 2009, jika kadar kemiskinan negara berdasarkan Poverty Line Income (PLI) diukur kembali menggunakan kaedah “median income” seperti yang dilakukan di UK dan Australia, kos sara hidup sehari akan berubah dari RM5.80 sehari (mengikut PLI sekarang, RM800 seisi rumah) kepada RM 14.20 sehari.
“Ini bermakna statistik kemiskinan seisi rumah akan meningkat kepada 33.4% berdasarkan PLI baru atau RM2000,” katanya.
Selain itu, Izzah turut menyeru jika Tengku Adnan tidak mampu untuk cuba hidup bergelandangan selama tiga hari bagi memahami kesusahan golongan-golongan terpinggir, sekurang-kurangnya hadir bersama dalam sesi sumbangan NGO ‘Soup Kitchen’ itu.
“Saya berharap, sekurang-kurangnya Tengku Adnan hadir sekali bersama dalam sesi sumbangan salah sebuah NGO ‘Soup Kitchen’ sebelum memberi kata putus,” ujarnya.
Malah, Izzah turut menjemput Tengku Adnan bersama-sama dengan Naib Presiden PKR itu pada malam esok dalam sebuah acara yang akan dilaksanakan oleh NGO ‘Soup Kitchen’.
“Kita harus memiliki empati, lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin,” katanya kepada Tengku Adnan.
Izzah turut memetik daripada laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang menyatakan bahawa ‘sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan’.
Katanya, pengajaran hadith ini ialah ‘setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah.
Jelasnya lagi, hal ini kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk didalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
“Adakah tindakan Tengku Adnan ini bersesuaian dengan semangat Ramadan yang telah diajar oleh Rasulullah?
“Sekali lagi saya ingin menggesa Tengku Adnan agar memperbetulkan kesilapan yang melampau ini,”  ujarnya tegas.
Kata Izzah Tengku Adnan macam kurang arif dalan ajaran Islam kenapa dia melarang  mana-mana badan NGO buat amal jariah di bulan Ramadan Almubarak yang penuh berkat ini bersedekah kepada orang yang memerlukan ia merupakan  satu amal ibadah juga.
Tengku Adnan rupa-rupanya cetek dalam pengatahuan agama Islam ia harus belajar agama dengan para ustaz" ujarnya

No comments:

Post a Comment