Sunday 13 July 2014

KRT FLAT INDAH JAYA SUKSES ANJUR PROGRAM AGIH BUBUR LAMBUK

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Bukan senang hendak mengumpul  penduduk di satu-satu kawasan perumahan lagi-lagi seperti Flat Indah Jaya yang begitu ramai penduduknya berbilang bangsa.

Tetapi dengan kesungguhan dan azam serta tekad yang kuat  segala-galanya bisa dicapai dengan adanya permaufakatan dan   kerjasama dalam satu team yang intim maka  yang berat boleh jadi ringan.

“Saya amat kagum usaha  gigih yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga Flat Indah Jaya  yang dipimpin oleh Hajah Syperia Hj Abdul Rahim kerana berjaya menganjurkan program mengagih-agih bubur lambuk kepada penduduk setempat, usaha seperti ini harus dijadikan contoh  oleh mana-mana KRT yang ada di daerah Sandakan.

Pegawai Jabatan Perdaduan Bahagian  Sandakan All Ahsari Nong berkata demikian ketika berucap dimajlis Mengagih-agihkan Bubur Lambuk  Anjuran KRT Flat Indah Jaya petang kelmarin.


Kata All KRT ditubuhkkan disetiap kawasan taman-taman perumahan mahupun kampung adalah menjurus untuk menyatupadukan kepada penduduk-penduduk setempat dalam mengwujudkan siulrahim dan kerjasama yang lebih erat disamping untuk meningkatkan keharmonian sejagat.

“Sekiranya terdapat belakunya sesuatu perkara seperti pecah rumah rompakan budak-budak terlibat dalan aktiviti menghidu gam memakan dadah laporkan kepada  Jabatan Perpaduan Sandakan semua laporan yang kami terima daripada penduduk terbabit kami akan saluran kemana-mana jabatan yang berkaitan seperti PDRM, AADK dan lain-lain lagi untuk tindakan segara” ujarnya

Sementara itu Pengerusi KRT Flat Indah Jaya Hajah Syaperia Hj Abd Rahim yang ditemui oleh Free Sandakan Today.Net menjelaskan sejak KRT ditubuhkan dibawah pimpinannya sudah lima kali mengadakan majlis seumpama itu tiga kali di Masjid Indah Jaya dan dua kali di Flat tersebut termasuk pada hari ini.

Katanya sambutan para penduduk terhadap  program itu kelmarin memperlihatkan masyarakat setempat betul-betul menerima kewujudan KRT di kawasan perumahan tersebut.


“Saya bagi pihak KRT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa KRT Flat Indah Jaya atas kerjasama yang padu sehingga program ini dapat dijayakan dan berjalan dengan  lancar” ujarnya.


No comments:

Post a Comment