Tuesday 8 July 2014

Polis arah pemilik ladang ikan pindah

By Admin
OLEH: JOHN JOSEPH

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan telah mengarahkan pemilik dan pengurus ladang ikan di Semporna untuk ‘berpindah sementara’ ke tanah besar berikutan cubaan penculikan yang gagal berhampiran dengan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, kelmarin pagi.
“Kami telah mengarahkan semua pemilik ladang ikan untuk berpindah ke tanah besar sebagai pendekatan awal bagi mencegah kemungkinan (cubaan culik selanjutnya),” kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Semua laluan keluar dari Semporna juga telah disekat secara intensif dalam usaha memburu tujuh lelaki bersenjata disyaki warga Filipina yang merompak Ladang Ikan Ah Chai selepas mereka gagal menemui pemilik yang juga pasangan Cina dari Kelantan dalam kejadian 1:00 pagi itu.
Seorang lelaki bertopeng yang menggunakan sebuah bot laju kayu biru dengan enjin 200 hp, tiba di tepi pantai dan kemudiannya mengacukan pistol pada salah seorang pekerja ladang ikan itu dan bertanyakan tentang pemiliknya.
Lelaki bersenjata itu kemudiannya telah pergi ke rumah pekerja dan mengambil televisyen, dekoder Astro dan dua beg kecil kerana mereka tidak dapat mencari pemilik terbabit. Pekerja ladang ikan yang tinggal bersama isteri dan empat orang anak muda tidak dicederakan.


POLIS BANTERAS......Pasukan Polis berjaya banteras saki baki kumpulan dan pengikut Jamalul Kiram yang masih berkubuh di Kunak

Polis telah meletakkan satu fotofit suspek yang bersenjatakan pistol
Jalaluddin berkata pasukan keselamatan telah mengerah tujuh bot di bawah Sabah Eastern Security Command (Esscom) dan telah menyelaraskan semua agensi untuk memburu kumpulan itu di sekeliling Kampung Bangau-Bangau, Pulau Mataking dan sekitarnya.
Polis turut menahan lapan pekerja yang berumur antara 12 dan 43 tahun termasuk dua wanita dari ladang bagi membantu siasatan, walaupun hanya dua pekerja menyaksikan kejadian itu kerana tiada seorang pun daripada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah, katanya. “Kenyataan juga turut diambil daripada saksi-saksi yang berkaitan dengan kes ini sekarang.”
“Hanya seorang sahaja daripada tujuh lelaki itu tidak bertopeng,” kata beliau sambil menambah bahawa mereka telah meletakkan satu fotofit suspek yang bersenjatakan pistol sementara yang lain bersenjatakan parang.
Polis turut merampas dua telefon bimbit milik syarikat yang digunakan oleh pekerja.
  
Sementara pihak Polis yang mengadakan Ops Pasir di Kunak baru-baru ini berjaya menangkap keenam-enam pengikut setia Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang juga saudara kepada Sultan Jamalul Kiram dicekup pasukan polis cawangan khas di Kunak, Sabah.

Kumpulan terbabit diburu pasukan keselamatan Malaysia kerana dipercayai bergiat aktif mempromosikan tuntutan Sabah kepada kesultanan Sulu.Selain penahanan itu, beberapa laras senjata api jenis M16 turut dirampas dalam operasi berkenaan.


No comments:

Post a Comment