Saturday, 12 July 2014

ADUN SUKAU MENGHULUR BANTUAN ZAKAT KEPADA PENDUDUK TG ARU SEMPENA BULAN RAMADAN

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SUKAU:- Golongan kurang berada tidak akan terpinggir mereka juga mendapat  perhatian dan mendapat pelbagai bantuan khususnya di bulan Ramadan dan seterusnya untuk menyambut  hari Lebaran yang semakin hampir.

Usaha murni  badan-badan NGO dan agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) UPPM Sukan, JHEAINS dan Pusat Zakat termasuk Yayasan Sabah  harus di sokong oleh semua pihak kerana begitu prihatian menghulurkan pelbagai bantuan  terhadap golongan-golongan tertentu yang mat memerlukan dimusim-musim ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kawasan Sukau Datuk Saddi Hj Abdul Rahmah berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Zakan kepada penerima ASNAF  bagi Mukim Tanjung Aru kelmarin.


 “Ini memang sudah menjadi  tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai umat harus bantu-membantu kepada golongan yang kurang berada untuk sama-sama menyambut bulan Ramadan  Almubaraq dan hari raya      dengan insan-insan yang lan” ujarnya.


SUMBANGAN.....Terima kasih Datuk salah seorang menerima bantuan yang disampaikan oleh ADUN Sukau

Katanya lagi ini adalah dasar kerajaan BN akan terus membantu rakyatnya tidak kira mereka itu siapa untuk menikmati pelbagai kemudahan, asas  contoh terdekat sekarang di Pulau Tanjung Aru  kerajaan bukan saja menyalurkan bekalan elektrik bahkan kini  sudah mempunyai bekalan air paip bersih untuk keperluan penduduk setempat ini membuktikan kerajaan BN betul-betul prihatin untuk membela nasib rakyatnya tidak kira dimana mereka berada.


Sambil itu Saddi menasihatkan penduduk Kampung Tanjung Aru bagi mereka yang bakal menyambut hari Lebaran ini  memandangkan harga barangan keperluan melambung ditinggi dimusim-musim perayaan ini maka berbelanjanya secara berhemah belilah barang-barang yang perlu sahaja.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden  Maljis Perbandaran Sandakan (MPS) Hj Mohd Hamsan Hj Awang Supain termasuk juga pegawai-pegawai kanan ejensi kerajaan dan pemimpin badabadan NGO lainnya.


No comments:

Post a Comment